Pembukaan Studio Mohamad Amin ( Chocolate ), 17 October 2010

Semalam masa di kedai Cokman, saja duk sembang-sembang, Jamal buka mulut kata kedai Chocolate dah nak siap. Aku pun terpinga-pinga la..Balik rumah terus melakukan siasatan la, xdan nak siasat dah ternampak dekat news feed dalam blogspot Mohamad Amin bin Samsudin. Nampat new post bertajuk ''Studio Muhamad Amin beroperasi 17hb Oktober ini InsyaAllah". Terus open dan comment dalam post tu.

Kalau anda semua nak tau siapa itu Chocolate, aku cerita la serba sedikit tentang dia ni. Choco ni adalah salah seorang pro skateboarder di Malaysia, sezaman dengan Boy PJ, Joe Ipoh dan pro-pro yang lain. Kalau nak di sebut trick-trick yang selalu di kaki dia ni memang tak terbilang la. Dengan gaya permainan yang cantek secantek team Chocolate. Jangan hairan la pro-pro di Malaysia & luar negara pon respect dekat dia ni. Semasa dia belajar di Borneo, Choco sempat juga mengeluarkan local skate video iaitu Love Video Mag & Nail. Video lama ni, hanya kaki lama saja yang tahu tentang video ni.

Choco ni jugak meminati bidang tangkap gambar. Gambar-gambar yang diambil memang berseni aku cakap, ada maksud-maksud tersirat & memang lain dari yang lain. Dengan pengalaman yang banyak dalam bidang photo ni, Chocolate memulakan langkahnya yang seterus dengan membuka sebuah studio seninya sendiri. Lepas ni lagi murah rezeki la Mr.Choco kita ni.

Studio Mohamad Amin terletak di No. 24, Tingkat 1, Taman Pandan, Alor Setar, Kedah, Malaysia. Untuk panduan yang lebih mudah, studio Choco berada berhampiran dengan Iman Kuewtiow, Perodua dan tat Nasi Ayam.

untuk maklumat yang lebih lanjut lagi, boleh layari blog beliau iaitu
Mohamad Amin Photography

4 comments:

Mohamad Amin said...

Haaa tudia... Thanks mypapan siap buat review...

Tony Kamal said...

kalau ada rezeki kita cuba review guna video plak...

Anonymous said...

gmbq mna gmbq?? abg pro kita?? hehe

Tony Kamal said...

Ni sapo plak duk mintak gambaq...
gamabaq apa oi???
xfhm...