Happy New Year 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca yang setiap, visitor yang baru & kepada visitor yang pertama kali mengetahui kewujudan Mypapan Skateboarding ini. Pertama sekali mungkin ucapan Tahun baru 2012 aku ini agak lewat berbanding laman-laman website yang lain kerana aku kebuntuan idea & seni. Aku boleh mengucapkan selamat tahun baru 2012, tulis besar-besar & klik Publish, tapi itu hanyalah kerja yang kurang berkualiti & bukan dari hati aku yang ikhlas untuk menyebarkan maklumat & berita-berita terkini dari serata tempat.

Ok la, bosan meluahkan perasaan mari kita cuba rungkaikan satu persatu apa yang aku lukis pada pictures di atas. Jika ia satu sifat yang positive jadikan ia sebagai contoh dalam kehidupan amda dan jika ia bersifat negetive pastikan anda sudah tahu cara menanganinya.

Tahun 2012 bakal membuka cabaran baru kepada semua skater, tidak kira di mana anda berada. Persaingan yang semakin sengit & tidak kenal kawan atau lawan. Tetapi kita perlu ingat, kita semua ini adalah bersaudara di atas nama S.K.A.T.E.B.O.A.R.D.I.N.G.

Sekian sahaja ucapan aku pada kali ini, di harapkan semoga semua skateboarder lebih bersemangat tidak kira dalam apa jua bentuk tindakan. Aku ingin berterima kasih juga kepada semua pebagai pihak seperti SkateMalaysia, Slow Mo TV, Frontside TV, ORGANISASI Papan Selaju TV serta Lazca Skateshop yang membantu aku dalam mencari informasi & memberikan pandangan mengenai pengurusan sebuah laman blog seperti aku ini. Kepada follower aku di dalam blog ini & juga fans di Facebook, terima kasih kerana anda semua membuatkan hit blog aku mencecah 400 orang sehari. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua skateboarder yang membantu aku dalam menyediakan video-video klip skateboard. Tanpa hang pa semua MyPapan ibarat sebuah laman blog yang biasa sahaja di mata skater.

Akhir sekali, jangan lupa belilah barangan replica & Original di Mr Tony Garage & MyPapan. HEEHEHEHEHEHE. Topi EKSLUSIF  bakal keluar pertengah Januari 2012
:)


No comments: