Happy New Year 2011

Hari ni adalah hari yang terakhir bagi tahun 2010 iaitu 31 Decemebr 2010. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali, sedar-sedar usia MyPapan Skateboarding telah mencapai usia 1 tahun. Dalam satu tahun aku menggerakkan MyPapan ni, dibantu oleh beberapa skater lain yang berkerja dengan ikhlas. Pelbagai ragam skater telah aku jumpa, yang jenis kaki pow!, kedekut, sombong, tapi masih ramai lagi yang skater yang murah hati, baik hati, tidak kedekut, ringan tulang, berfikiran terbuka dan boleh dikatakan 70% skater di Malaysia mempunyai pemikiran yang positive.Aku ingin berterima kasih kepada semua pembaca, yang sentiasa mengunjungi blog ini untuk mengetahui informasi terbaru mengenai comp, video, dan macam-macam lagi. Tanpa anda semua, aku ibarat menulis di atas tanah. Terima kasih juga kepada yang follow blog MyPapan Skateboarding ini, setiap kali aku tengok dalam kotak tu, mesti rasa happy & puas hati sebab apa yang aku usahakan sekarang ini menampakkan hasil. Kepada yang asyik tekan button "LIKE" di Facebook, terima kasih juga aku ucapkan. Aku tau, ada yang terpaksa tekan, ada yang tekan tapi haram xtau apa tentang blog ni, dan ada yang tekan dan sentiasa mengetahui tentang berita terbaru yang aku sampaikan.

( Di antara poster yang telah di upload ke dalam blog MyPapan Skateboarding )

Tahun ni aku nampak banyak comp di anjurkan. Seperti Digi Live Tour yang diadakan di 5 buah negeri iaitu Sabah, Sarawak, Pahang, Penang dan Perak. Terima kasih di ucapkan kepada Digi kerana menyokong arena skateboarding ini. Tidak lupa juga kepada Skateshop Zone 5, kerana skateshop ini turut menganjurkan Zone 5 Skate Challenge. Kepada semua pihak penganjur, skater-skater di seluruh ASEAN berterima kasih kepada anda semua.

Tidak lupa juga kepada semua skater-skater yang berada di Alor Star, SP, Jitra, Perlis, Penang dan merata-rata lagi, aku berterima kasih kerana membantu aku, memberi kerjasama yang terbaik semasa sessi shooting. Bagi aku, tanpa hang pa semua mungkin MyPapan tidak akan kekal hingga sekarang.
Terima kasih juga kepada krew web Skate Malaysia, yang banyak memberi maklumat tambahan dan menegur aku ketika aku melakukan kesalahan yang aku sendiri tidak sedari.

Tidak lupa juga kepada group-group lain seperti Skate Timor, Penang Skateboarder, DGN Skate, Sembilan Papan Selaju, Bloodbath Skatepark, Motion skatepark, DMC Skate Team, Happen Magazine, Selaju Online Interview dan group-group yang lain, teruskan usaha anda semua anda semua demi kemajuan skateboarding kita semua. kita semua perlu bekerjasama dalam meningkatkan lagi kepantasan perkembangan sukan ini di Asia.

Kepada kawan-kawan aku iaitu Bob, Saddam, Pak done, Jamal, Malik Samat, Latape, Essmat, Angah, Cokman, Chocolate, Black, Fitri, Apit Drift, Pakon, Pait, Akmal, Hanip TnT, Aiman, Akyb, Pa'Wan, Pait Serabut, Bun a.ka.Tom Penny, Umar,Ihkwan, Kedau-dua anak Abg Laksa, Farouk BMX, Mad Maulidi BMX, Din BMX, Tawfick BMX, Wan K.Kedah, Din Comot, Dik Wan Jitra, Kuchai SP, Fatah Sp, Bam SP, Emy Gurun, Pendek SP, Apit SP, Aizat Penang Che Mamat Penang, Amirol Perlis, Syami Perlis, Wan Monyet JB, Rahman JB dan semua kawan2 skate aku yang berada di merata tempat dalam dunia ini, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada hang pa semua.
( Clinic YSB X-Games 2010 )

Semoga tahun 2011 akan membawa lebih makna kepada kita semua dan di harap agar kita semua akan meneruskan perjuangan dalam dunia skateboarding ini. Semoga maju jaya dan terus success dalam mengecapi trick-trick yang terbaru. .

Tony Kamal
mypapan.blogspot.com

2 comments:

skatemalaysia said...

Slamat Tahun Baru to Tony of Mypapan dan juga semua peminat Mypapan yg setia.

Kami tegur hanya sebagai kawan. kalau kami silap juga apasalahnya tegur kami semula. kami semuanya manusia tidak lepas dari membuat kesilapan. Hatrap maaf jika teguran kami ada menyingung mana2 pihak mahupun Tony sendiri.

Apa2pun. Selamat Tahun baru. teruskan perjuangan skate di taniah air kita.

Tony Kamal said...

Selamat Tahun Baru!!!!
teruskan perjuangan kita semua...!