Skateboard Bearings Anatomy

Pada minggu ini MyPapan Skateboarding akan berkongsi dengan anda bahagian-bahagian yang terdapat pada bearings anda. Kelajuan yang kita rasai semasa bermain skateboard datangnya daripada bearing anda. Bearing yang baik mempunyai ketahanan yang tinggi & tidak mudah rosak atau pecah jika digunakan secara lasak.

Terdapat pelbagai jenis jenama di pasaran seperti Baker, Bones, Chocolate, Girl, Diamond, FKD, Independent Truck Co, Lucky Bearing, Enjoi, Speed Demon, Flip HKD, Shake Junt, Spitfire, Shorty's dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan anda semua, kelajuan bearing bergantung kepada teknologi yang dicapai oleh syarikat-syarikat pengeluar bearings. Teknologi yang selalu digunapakai pada masa kini ialah Annular Bearing Engineering Committee ( ABEC ). terdapat ABEC 1,3,5,7 & 9. Semakin banyak nilai ABEC, semakin laju & baik sesebuah bearing itu.

Terdapat juga Seramic bearing. Ia jauh lebih baik daripada bearing-bearing biasa yang terdapat di pasaran sekarang.  Seramic bearing jauh lebih baik kerana ia jauh lebih ringan, lebih keras, lebih kuat, kalis air & bebola besi yang tahan lebih lama berbanding bebola besi yang lain.


Tips penjagaan : 
1. Elakkan bearing anda daripada terkena atau terendam di dalam air.
2. Cuci kotoran yang terdapat pada bahagian luar bearing anda.
3. Terdapat bearing yang boleh dibuka untuk di cuci pada bahagian dalamnya. Seeloknya cuci setiap 2 bulan sekali.
4. Padanan di antara wheel & bearing juga amat penting untuk ketahanan yang lebih lama.


Sumber : Wreckless Skate Shop, Bones Swiss & Element Bearings