AKU, PEKAN KECIL & SKATEBOARDING VOL. 2

Tony Kamal : Assalamualaikum Pitri
Pitri Al-Fateh : Waalaikumsalam

Tony Kamal : Ini buku ke berapa dalam hidup kamu sebagai penulis &adakah kamu menulis secara sepenuh masa ?
Pitri Al-Fateh : Secara umumnya saya bukanlah penulis sepenuh masa lagi, sebab masih belajar. Cuma untuk dapatkan duit, saya banyak menulis cerpen & puisi untuk majalah-majalah dan penerbitan luar yang bukan dari kerangka indie. Seperti dalam majalah Ana Muslim, saya ada menulis secara berkala dalam ruangan Ana Novela. Untuk majalah Solusi, Karangkraf , dan sebagainya tu kadang-kadang tu jika terpilih sahaja.


Untuk karya bahagian Indie pula, saya ada menulis untuk Salut Press, untuk pertama kalinya saya menulis dalam antologi Yakjuj. Karya DIY ni hanya Aku, Pekan Kecil & Skateboarding (APKS) sahaja buat masa sekarang ini.

APKS ni sebenarnya sudah masuk Volume ke-2, cuma aku reprintkan balik dengan nafas baru, ada prakata, pascakata, dan tambahan 20 coretan pendek.

Buku seterusnya dalam arus perdana adalah cerpen untuk kanak-kanak. Tajuknya "LUV U LAILA". Ia sarat dengan nilai-nilai tauladan yang menyentuh hati & sangat sesuai untuk bacaan kanak-kanak di luar sana. Nanti dah keluar beli tau !!

Tony Kamal : Apa yang Pitri nak ceritakan pada kali ini ?

Pitri Al-Fateh : Apa yang aku nak cerita adalah kehidupan seorang skater kampung. Macam Tegar aku yang dulu bukanlah yang sekarang la. Cuma bezanya, Tegar berjaya. Aku je hampeh dari dulu sampai sekarang. Selain itu, aku nak sampaikan bahawa komuniti skateboard, yang kat ceruk-ceruk kampung sebenarnya ada usaha nak kembangkan scene. Cuma tak berapa nak terdaya ja, dari segi kewangan dan sebagainya. 

Tony Kamal : Cerita kali ini berkisah dari tahun ke tahun berapa ?
Pitri : Disebabkan jangkamasa berubah dari tarikh awal penerbitan, cerita ni aku rewind 13 tahun dulu. Start dari zaman aku start skating, berhenti, skating, jumpa awek, skating dan jadi Ultraman.

Tony Kamal : Adakah Mariss Khan tu org yang sama terlibat dalam industri sk8 kita ?
Pitri : Mariss tu skater idola aku selain Pa'din dan Joe Ipoh. Sebab tu aku bela jambang, semata-matanak nampakkan wajah aku macam Hugh Jackman. Ya, Mariss skater yang hebat. Dia mengabdikan diri dalam scene skateboarding dari dulu sampai sekarang. Boleh dikatakan, dia umpama Tegar versi Skateboarding. Ceh, power betul aku bodek.

Tony Kamal : Apa kena mengena dengan Mariss dalam cerita kali ni ?
Pitri : mariss terlibat secara tidak langsung dalam buku ni sebab aku minta dia tulis pada bahagian prakata. aku nak minta legend-legend lain untuk tulis, tapi disebabkan kekangan masa, aku tak dapathubungi depa dan sebagainya, aku pilih Mariss saja dulu. Dan untungnya, dia bersetuju. Cuma aku tak tau la pula dalam tempoh aku minta dia siapkan prakata, berapa punya banyak dia membebel, sebab ya la, dia pun sibuk dengan kerja dan family dia.

Tony Kamal : Adakah ni cerita sebenar, rekaan atau idea baru untuk diketengahkan?
Pitri : Cerita ni cerita sebenar. Sebenarnya garapan yang aku tulis, bukan nak cerita skateboarding 100%. Kalau sesiapa dapat faham, aku sentuh banyak isu dalam buku ni. Isu mat rempit, isu ragut, dadah, cari kerja, hormat mak bapa, sokongan pihak berwajib dan peranan skater tu sendiri dalam rangka nak membina scene. Silapnya aku dan kawan-kawan dulu, kami banyak berdiam diri, memberontak tapi tak mau buat sesuatu untuk dapatkan hak komuniti skater, macam buat proposal contohnya.

Tony Kamal : Harapan kepada pembaca yang membaca novel ni nanti ?
Pitri : Harapan aku kepada pembaca, aku bukannya penulis yang bagus. Banyak istilah atau diksi yang lompong, Tapi inilah indie, bebas dan tak terikat. Aku cuma mahu sesiapa yang sudi baca buku, akan lebih minat membaca. Teroka lagi dunia bacaan, indie atau arus perdana, redah saja. Bagi ayang sedang skate, teruskan. Yang dah berhenti skate, skate la semula dengan kapasiti yang memungkinkan. Jangan lanak rabak atau teknikal sangat. Janji kita bersukan secara sihat. Itu yang penting.

Tony Kamal : Terdapat produk lain selain novel ini seperti baju, keychain, jam tangan, tisu, casing hp, ?
Pitri :  Merchandise ni aku tak buat pun lagi. Tapi tak tau la di masa akan datang, bila aku dah ada modal dan ada yang nak support produk ni, aku akan buat.Tapi ini cuma cadangan, impian yang hanya Tuhan bisa memakbulkan. Pergh, dasatt betul ayat last aku.

Tony Kamal : Ucapan terakhir untuk menutup sessi temubual ni ?
Pitri : Part terima kasih ni biasanya aku nkena, dan wajib panjatkan syukur kepada Allah yang maha Esa kerana mengurniakan bakat pada aku dalam bidang sukan dan juga penulisan. Pada mama dan papa aku, pada isteri dan anak lelaki aku, pada kawan-kawan dan pembeli yang sudi support Aku, Pekan Kecil & Skateboarding. Tanpa korang, aku lebih nothing dari Bobo.