Happy New Year 2010 to all my friends. Tinggal lagi 2 jam jer nak genap pukul 12 tengah malam untuk berakhirnya 31 December 2009 dan bermulalah 1 January 2010. 01.01.2010 adalah number yang cantik, kombinasi number yng disukai ramai terutama sekali orang yang nak kahwin, mesti Ong punyalah. 2010 akan menjelma tapi 2009 jangn dilupakan. Tanpa 2009, takkan wujud 2010. Tahun 2009 telah berlalu dengan jayanya baik kepada negara mahupun individu sosial yang lain.
Tahun 2009 telah meninggalkan detik manis yang tidak dapat dilupakan. Perdana Menteri dah bertukar tangan, Najib dibantu oleh Muhyidin. Mungkin gandingan beregu mereka berdua akan lebih berkesan. Pelbagi peristiwa telah berlalu dengan jayanya, Amerika telah dikuasai oleh Presiden kulit hitam yang pertama, Bola Sepak Malaysia dah bawa balik emas Sukan SEA di Laos, Lotus F1 dah wujud, Sepah dah menang Raja Lawak musim ke-3, Dr.M dah masuk UMNO balik. Memang menarik la 2009 ni, lain dari tahun-tahun yang dulu.
Dalam keseronokan ini jangan la kita lupa, kita alpa pada detik2 pahit dan sedih. Bencana alam yang dasyat seperti gempa bumi di Sumatera, Indonesia, letusan gunug berapi di Filipina, ribut salji di Eropah telah meragut banyak nyawa. Kemalangan dan jenayah ragut yang telah banyak membunuh nyawa insan yang tidak berdosa. Krisis ekonomi yang melanda dunia dengan kejatuhan harga saham, penutupan Lehman Brothers dan kenaikan harga petroleum serta barangan telah menyiksa masyarakat dunia. Penyebaran wabak H1N1 yang bermula di Mexico telah berjaya menular sehingga Malaysia juga merasai tempias wabaknya. Kematian Raja Pop iaitu Micheal Jackson meninggalkan seribu kenangan. Tetapi yang paling tidak boleh dilupakan ialah bagaimana Enjin Jet boleh hilang dicuri di dalam Malaysia?
Tetapi semua itu telah berlalu, yang tinggal hanya kenangan sahaja. Walau menangis air mata darah sekali pun, semua itu tidak akan berulang kembali. Kita hanya mampu berserah kepada Allah S.W.T kerana dia Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi.
2009 juga meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku, banyak aktiviti yang telah aku terlibat. Awal tahun adalah first time aku tinggal di rumah sewa aku sendiri bersama rakan seperjuangan di UiTM Merbuk, Kedah. Dari segi tour, aku telah ke Bukit Merah, Perak pada awal tahun dan Langkawi pada bulan August. Tour aku juga pernah meredah sehingga ke skatepark nun berada di negeri Pantai Timur.
Pulau Langkawi telah aku tawan bersama teman2ku, Skatepark Putrjaya telah aku takluki, projek filem dokumentari masih dalam peringkat pembikinan dan maybe siap hujung 2010 kalau tiada halangan. Pada tahun ini juga aku telah di interview oleh Revolution Skate Mag untuk mag mereka Issue 94. Kawan2 silih berganti, tiada yang kekal dalam mengejar cita2 di usia muda ini.
2009 jugaklah membuatkan aku bergiat aktif kembali dalam dunia blog, kalau dulu gila create website, tapi sekarang buat blog pulak. Mungkin sebab blog ni free kot! Yang paling the latest tentang diri aku ialah aku baru lepas kena Gastrik pada hujung bulan November yang lalu. Memang sakit yang teramat sangat, hanya Allah saja yang tahu. Dulu dah excident langgar family orang, abis luka badan aku.
Dalam arena skateboarding, pelbagai peningkatan telah dapat dilihat dari segi peningkatan penyertaan pelbagai lapis golongan masyarakat dalam dunia ini tidak kira kecil dan dewasa mahupun berlainan agama. Peningkatan infrastruktur seperti skatepark yang bertaraf International seperti Mont Kiara, Putrajaya, Alor Star, Shah Alam menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan dan badan NGO dalam membantu menggalakkan lagi sukan extreme ini dimata masyarakat. Kemudahan yang serba lengkap ini dapat menjamin keselesaan kepada atlit untuk berlatih dalam menghadapi cabaran dalam sukan ini di dalam dan luar negara.
Aku berharap agar tahun 2010 akan memberi sinar baru dalam kehidupan aku serta pulih dari sakit dan menjalani kehidupan seperti sediakala. 2010 adalah Sinar baru yang membawa kepada kemajuan dan kesejahteraan hidup ini.
No comments:
Post a Comment