Showing posts with label Story. Show all posts
Showing posts with label Story. Show all posts

STORY ABOUT HUF

HUF founder, Keith Hufnagel membesar bersama skateboard di bandar New York sekitar tahun 80-an. Pada masa itu, skateboarding tidak di sukai kerana terlibat dengan budaya punk rock, hip-hop yang tidak mudah difahami oleh masyarakat. Inilah yang membentuk pandangan Hufnagel mengenai kehidupan.

SUNGAI PETANI SKATEPARK

 Baru sahaja komuniti skateboarder Sungai Petani mahu menarik nafas lega kerana mempunyai ruang dan kemudahan yang selesa untuk bermain skateboard, timbul pula isu dimana skatepark ini telah diroboh oleh pihak penguasa daerah kerana tidak mempunyai kebenaran membina dan menggunakan kemudahan kawasan riadah ini.

AKU, PEKAN KECIL & SKATEBOARDING VOL. 2

Tony Kamal : Assalamualaikum Pitri
Pitri Al-Fateh : Waalaikumsalam

Tony Kamal : Ini buku ke berapa dalam hidup kamu sebagai penulis &adakah kamu menulis secara sepenuh masa ?
Pitri Al-Fateh : Secara umumnya saya bukanlah penulis sepenuh masa lagi, sebab masih belajar. Cuma untuk dapatkan duit, saya banyak menulis cerpen & puisi untuk majalah-majalah dan penerbitan luar yang bukan dari kerangka indie. Seperti dalam majalah Ana Muslim, saya ada menulis secara berkala dalam ruangan Ana Novela. Untuk majalah Solusi, Karangkraf , dan sebagainya tu kadang-kadang tu jika terpilih sahaja.

SIZE MEASUREMENT FOR SKATEBOARD TRUCK


Hari ini MyPapan nak share sedikit info kepada semua pembaca & skateboarder mengenai size truck yang bersesuaian digunakan board yang anda guna sekarang.

KISAH KEJAYAAN HELLBENT SKATEBOARDING


Hellebent Skateboarding adalah satu jenama pakaian dan kasut untuk remaja yang di reka sepenuhnya oleh anak muda bernama Abdul Azeez.Bermula dari rumah dan kini mempunyai kedai dan ofis sendiri di Sg Besi dan mempunyai stokis di seluruh Malaysia

KEHIDUPAN JUTAWAN SKATEBOARDING : NYJAH HUSTON

Siapa cakap skateboarding tidak boleh memberi anda kekayaan yang melimpah ruah, rumah yang besar, kereta yang hebat dan macam-macam lagi di dunia ini. Tetapi untuk  menjadi seperti Nyjah Huston, anda perlulah skate dengan lebih hebat, mempunyai skill yang mampu membuatkan juri terpegun & bijak dalam mengatur kehidupan anda.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pada hari yang mulia ini, MyPapan Skateboarding ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha atau lebih senang di sebut hari Raya Korban. Pasti kebanyakan skater di Malaysia & juga di Asia Tenggara ini sedang sibuk melakukan aktiviti yang telah dirancang pada raya korban kali ini. Tidak kira apa jua yang telah kita lakukan di dunia ini, sifat tolong menolong sesama Muslim perlu wujud dalam diri setiap insan tidak kira masa & tempat.

Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh skater yang beragama Islam di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore, dan negera-negara yang lain.

Tony Kamal 
Founder of MyPapan Skateboarding

Skateboard Trucks Anatomy

Kebanyakkan skater muda atau pun yang sudah lama berada di dalam arena skateboarding ini masih tidak mengenali bahagian-bahagian yang terdapat pada trucks mereka. Ada yang tahu tetapi mungkin pada bahagian-bahagian yang penting seperti kingpin, bushing & lain-lain bahagian.

Interview Bersama Pitri Al-Fateh Zainon Mengenai Aku, Pekan Kecil & Skateboarding

Review aku untuk MyPapan Skateboarding pada kali ini ialah sebuah novel indie yang mempunyai kaitan dengan scene skateboarding di utara Malaysia. Aku rasa ini adalah first skate novel yang skater dari utara hasilkan. Novel yang dimaksudkan ialah "Aku, Pekan Kecil & Skateboarding" hasil karya Pitri Al-Fateh Zainon.

Pitri mencurahkan pelbagai ilham dan idea-idea yang baru dan masih segar yang terhasil daripada pengalamannya dan rakan-rakan di dalam dunia skateboarding. Memandangkan novel ini adalah hasil tulisannya yang pertama, Pitri memastikan segala kudrat yang telah dikeluarkan akan mendatangkan hasil yang mantap & padu. Dengan crita setakat aku tulis dalam ni, dalam 50 naskah telah habis dijual. Walau pon 50 unit tu nampak sikit, tapi novel yang pertama & karya yang pertama, memang mendapat sambutan la.

Ini adalah sessi interview aku bersama dengan Pitri Al-Fateh Zainon melalui Facebook.

Tony Kamal : Macam mana boleh timbul idea untuk menghasilkan sebuah novel indie yang mempunyai kaitan dengan skateboarding?

Pitri Al-Fateh Zainon : Idea ini timbul bila aku tengok prasarana sukan sekarang ini gila**** makin best, tak macam zaman aku dulu. Macam haram dengan tak ada spot yang best, kena halau & sebagainya lah. Sebab itu mungkin aku tak terrer kot hahahaha. Lagi 1 sebab aku nak kongsi pengalaman dengan member-member lama dan betapa aku tertarik dengan scene skateboarding yang ada di Alor Star, Sungai Petani dan skater dari luar yang tak sombong dengan aku.

Tony Kamal : Adakah ini novel yang pertama dihasilkan?

Pitri Al-Fateh Zainon : Yes, ini adalah novel atau catatan bertulis aku yang pertama kali.

Tony Kamal : Berapa lamakah tempoh penghasilan sesebuah karya dari saat berfikir, menulis dan sehingga diterbitkan?

Pitri Al-Fateh Zainon : Novel ni ambil masa 2 bulan, sebab tu aku jarang pi skatepark.

Tony Kamal : Bilakah novel ini mula dijual?

Pitri Al-Fateh Zainon : Sebanrnya novel ni dah mula dijual pun, kebanyakkannya dijual secara online. Aku publish tanpa mana-mana label. Lagi 1, sekarang ni memang waktu yang sesuai untuk aku publish novel ni sebab bulan depan aku dah tak sempat sebab nak sambung belajar lagi.

Tony Kamal : Apakah isu-isu penting yang hang cuba untuk sampaikan kepada pembaca dan juga pihak-pihak tertentu?

Pitri Al-Fateh Zainon : Dalam novel aku ni tak ada isu-isu yang berat dan hangat sangat kot, cuma berkaitan dengan sukan secara sihat sahaja.

Tony Kamal : Apakah maksud graphic novel hang tu & cerita sikit semasa pembikinan cover tuh?

Pitri Al-Fateh Zainon : Aku cuba untuk menunjukkan keadaan yang fana tapi aku masih berjuang dalam scene skateboarding ini, ceritanya lagi cover tu aku ambil sendiri guna kamera bini aku dan aku minta kawan aku edit tapi dia tak sempat buat, jadi aku install sendiri Adobe daripada dia & malam tu jugak aku blajaq edit sehinggalah jadi cover yang ada sekarang ni.

Tony Kamal : Apakah maksud "Aku, Pekan Kecil & Skateboarding"?

Pitri Al-Fateh Zainon : Tajuk yang aku bagi bermaksud daripada pekan kecil tulah aku melonjak naik dan kenal member-member dan dari pekan kecil tu jugak semuanya bermula.

Tony Kamal : Di manakah boleh didapati novel APKS ni?

Pitri Al-Fateh Zainon : Buat masa sekarang ni aku dah dapat green light daripada Iceboxx Skateshop dengan Distro buku untuk letak buku, so kepada sesiapa yang mahu bolehlah dapatkan daripada tempat-tempat tersebut atau terus contact dengan aku lagi senang. Mungkin lepas ni aku akan apply letak uya distro sama kot.

Tony Kamal : Ok kata-kata akhir serta penghargaan anda sebelum kita akhiri sessi temubual ini?

Pitri Al-Fateh Zainon : Semestinya aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi aku ruang, kreativiti dan nafas untuk semua ini. Tidak lupa kepada isteri dan family aku yang menyokong dalam penghasilan karja aku ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang mengenali aku, korang semua memang BEST, dan MyPapan kerana sudi membuat review tentang novel aku ini. Aku berharap agar semua kelompok masyarakat dapat menerima apa yang aku buat sekarang ini dan kalau boleh kita sama-sama jadi skateboarder yang tidakAnti pada ilmu pengetahuan.. Back 2 root, keep on reading!! Walaupun buku ini bukan buku ilmiah, sekurang-kurangnya aku nak cuba cambahkan minat tu kepada semua. Tak Rugi Bro, Orang-Orang Barat Berlumba-Lumba Menjadi Hebat Dengan Membaca.

Thankss..
Pitri Al-Fateh Zainon


Untuk membeli novel ini, anda boleh dapatinya di Iceboxx Skateshop, MyPapan Skateshop Online atau hubungi terus dengan Pitri Al-Fateh Zainon.


MyPapan Skateboarding X Angah Hotdowgs - Sihir Menyihir





Rakaman ini diambil dihadapan 20 orang penonton yang begitu ghairah dan taksub dengan magis daripada Angah.

Kenduri Perkahwinan Di Rumah Mad Maulidi, 5 Feb 2011

Pada 5 February 2011 iaitu hari Sabtu yang lalu, Mad Maulidi telah menjemput semua rakan-rakan extreme games ke kenduri perkahwinan kakaknya yang bertempat di Taman Golf, Alor Star, Kedah. Memang meriah la kenduri ni, dah macam makan di medan selera. Ada Koetiow Kerang, Cendol, Ais Kacang, Rojak, Cucur Udang dan macam lagi la. Memang happening la.

Antara skater-skater yang sempat aku jumpa masa aku pi macam Cokman, Apit Minyak, Angah Sinister, Jamal, Papalardo, Bulat Akyb, Aiman, Black, Bob dan ada lagi group-group band.
Tahniah kepada Mad kerana mendapat abang ipaq yang baru dan terima kasih daripada MyPapan Skateboarding kerana menjemput kami.


Happy New Year 2011

Hari ni adalah hari yang terakhir bagi tahun 2010 iaitu 31 Decemebr 2010. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali, sedar-sedar usia MyPapan Skateboarding telah mencapai usia 1 tahun. Dalam satu tahun aku menggerakkan MyPapan ni, dibantu oleh beberapa skater lain yang berkerja dengan ikhlas. Pelbagai ragam skater telah aku jumpa, yang jenis kaki pow!, kedekut, sombong, tapi masih ramai lagi yang skater yang murah hati, baik hati, tidak kedekut, ringan tulang, berfikiran terbuka dan boleh dikatakan 70% skater di Malaysia mempunyai pemikiran yang positive.Aku ingin berterima kasih kepada semua pembaca, yang sentiasa mengunjungi blog ini untuk mengetahui informasi terbaru mengenai comp, video, dan macam-macam lagi. Tanpa anda semua, aku ibarat menulis di atas tanah. Terima kasih juga kepada yang follow blog MyPapan Skateboarding ini, setiap kali aku tengok dalam kotak tu, mesti rasa happy & puas hati sebab apa yang aku usahakan sekarang ini menampakkan hasil. Kepada yang asyik tekan button "LIKE" di Facebook, terima kasih juga aku ucapkan. Aku tau, ada yang terpaksa tekan, ada yang tekan tapi haram xtau apa tentang blog ni, dan ada yang tekan dan sentiasa mengetahui tentang berita terbaru yang aku sampaikan.

( Di antara poster yang telah di upload ke dalam blog MyPapan Skateboarding )

Tahun ni aku nampak banyak comp di anjurkan. Seperti Digi Live Tour yang diadakan di 5 buah negeri iaitu Sabah, Sarawak, Pahang, Penang dan Perak. Terima kasih di ucapkan kepada Digi kerana menyokong arena skateboarding ini. Tidak lupa juga kepada Skateshop Zone 5, kerana skateshop ini turut menganjurkan Zone 5 Skate Challenge. Kepada semua pihak penganjur, skater-skater di seluruh ASEAN berterima kasih kepada anda semua.

Tidak lupa juga kepada semua skater-skater yang berada di Alor Star, SP, Jitra, Perlis, Penang dan merata-rata lagi, aku berterima kasih kerana membantu aku, memberi kerjasama yang terbaik semasa sessi shooting. Bagi aku, tanpa hang pa semua mungkin MyPapan tidak akan kekal hingga sekarang.
Terima kasih juga kepada krew web Skate Malaysia, yang banyak memberi maklumat tambahan dan menegur aku ketika aku melakukan kesalahan yang aku sendiri tidak sedari.

Tidak lupa juga kepada group-group lain seperti Skate Timor, Penang Skateboarder, DGN Skate, Sembilan Papan Selaju, Bloodbath Skatepark, Motion skatepark, DMC Skate Team, Happen Magazine, Selaju Online Interview dan group-group yang lain, teruskan usaha anda semua anda semua demi kemajuan skateboarding kita semua. kita semua perlu bekerjasama dalam meningkatkan lagi kepantasan perkembangan sukan ini di Asia.

Kepada kawan-kawan aku iaitu Bob, Saddam, Pak done, Jamal, Malik Samat, Latape, Essmat, Angah, Cokman, Chocolate, Black, Fitri, Apit Drift, Pakon, Pait, Akmal, Hanip TnT, Aiman, Akyb, Pa'Wan, Pait Serabut, Bun a.ka.Tom Penny, Umar,Ihkwan, Kedau-dua anak Abg Laksa, Farouk BMX, Mad Maulidi BMX, Din BMX, Tawfick BMX, Wan K.Kedah, Din Comot, Dik Wan Jitra, Kuchai SP, Fatah Sp, Bam SP, Emy Gurun, Pendek SP, Apit SP, Aizat Penang Che Mamat Penang, Amirol Perlis, Syami Perlis, Wan Monyet JB, Rahman JB dan semua kawan2 skate aku yang berada di merata tempat dalam dunia ini, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada hang pa semua.
( Clinic YSB X-Games 2010 )

Semoga tahun 2011 akan membawa lebih makna kepada kita semua dan di harap agar kita semua akan meneruskan perjuangan dalam dunia skateboarding ini. Semoga maju jaya dan terus success dalam mengecapi trick-trick yang terbaru. .

Tony Kamal
mypapan.blogspot.com