Bangun macam biasa pukul 8 pagi, basuh muka and breakfast. Rasa tak sedap pulak nasi goreng
pagi ni, tapi aku habiskan juga sebab dah ada dalam mangkuk ni. Takkan aku nak buang kot.
Dah abis makan and minum susu di pagi hari, aku buka pintu rumah dan terus ke belakang rumah untuk tengok tanaman aku. Kalau nak tau aku skang ni tengah duk belajaq bercucuk tanam, aku tanam sawi, daun sup dan cabai. Projek kecik ni baru ja aku start lebih kurang 1 minggu yang lalu.
Nampaknya benih-benih yang aku tanam dah mengeluarkan pucuknya, ini satu kejayaan yang paling besar dan amat bersejarah bagi hidup aku. So lepas aku siram anak-anak pokok aku, aku amik tanah yang baru untuk aku tanam tanaman yang lain pulak. Aku ingat nak tanam terung, daun bawang & bayam. Maybe besok siap kot untuk batas pokok-pokok aku ni.
Hari ni Rabu, Jumaat ni aku ada satu lagi projek besaq sikit dari projek tanaman ni. Aku nak kena pergi ke Teluk Jalai untuk ushar-ushar cara nak membela ayam kampung. Bunyi macam poyokan? Tapi kalau nak tau nak bela ayam kampung memang senang sebab lepaih ja kat mana-mana satgi hidup la ayam tu. Tapi masalahnya lanie, aku nak bela ayam tu dari anak ayam. Faham-faham la kalau anak ayam ni, bukan senang nak jaga sebab dia tak ada ibu, so malam-malam dia berpotensi akan kesejukan dan akan mati.
Rasa-rasanya projek ayam kampoung ni jadi kot, sebab aku lani tinggal perlu tau cara nak bela saja anak ayam tu. Tentang reban ayam & makanan ayam tu tak berapa kesah sangat.
Petang ni nak buat apa ar?kalau pukul 5.30 ptg sampai maghrib memang aku confirm ada kat skatepark, tapi before 5.30 ptg ni? maybe aku akan pi kedai Gie? Maybe aku akan lepak studio Azumbi? atau melawat 1 lagi kedai iaitu kedai Cokman & Angah? Ni la masalah aku sebab tak ada hiburan yang tetap pada masa sekarang ni.
No comments:
Post a Comment