Perjalanan kami team dari Alor Star bermula dalam pukul 10 mlm pada 9 July 2010, waktu ni aku duk tunggu Jamal, Apit Drift & Pakon datang ambil aku di rumah dan kami dah set akan berkumpul di rumah Bob dalam pukul 10.15 sebab rumah aku dengan rumah bob bukan jauh sangat. Sampai di rumah Bob, Black dah lama tunggu dengan Bob masih belum mandi & pakai boxer ja. Dalam pukul 11 malam baru la Saddam, Mat Aki, Fitri & Akib sampai. Agak lama jugak la tunggu sampaikan Black boleh pi beli nasi lemak & topup dekat Jamal. Salah siapa Saddam lambat???Salah Akib yang terhegeh-hegeh lambat..
Setelah semua telah siap sedia nak bertolak, barang pon dah bawa masuk dalam kereta, perjalanan pun bermula dengan 2 buah kereta iaitu Honda Civic Type-R & Inokom apa tahiaitu kepunyaan Apit & Saddam. Perrjalanan kami melalui jalan lama sebab nak kurangkan kos tol & membazirkan masa malam yang lapang.
Dalam pukul 1 pagi baru kami sambung balik perjalanan ke Penang. Kami still menggunakan jalan lama iaitu melalui Tikam Batu sehingga sampai Butterworth. Suasa sekarang ni lebih happy la skit dari tadi sebab aku, Pakon & Black dah pulih dari selesema. Kira banyak cakap la kalau tidak dalam kereta agak sunyi sikit. Ketika berada di dalam highway sekitar pantai Bersih, aku dengan Black mesti kacau Tol gate girl yang syif malam sampai takut2 aku tgk dorg, Kesian depa smua kena kacau.
Dalam pukul 2 pagi jugak la kami sampai di destinasi kami iaitu Queenbays. Bila sampai kami cari tapak event Digi & skatepark skali. Dari jauh memang nampak macam best bila dah sampai tengok skatepark alamak suram la pulak.
Kami duk lepak dalam 30 minit, Fuad, Usher, Eyman, Boy Ipoh baru sampai. Lepak sembang2 dulu kami nak lepak di Kayu Nasi Kandar. Lepak & makan2 lagi, kawan Saddam iaitu El mengajak tidor di rumah dia. Kira ok la dah ada tempat untuk tidur malam. Kami duk fikir memang nak tidur awal sebab besok comp start dalam area pukul 10 pagi.
Macam biasa la kalau dah tour mana la nak boleh tidoq, masing2 duk mengacau la, duk melawak la, duk menyembang la, macam2 ragam. Tapi 1 ja yang aku pelik, Fitri rilex arr boleh tidoq awai. Sampai2 letak kepala trus tidoq. Hairan aku dengan dia ni. Aku xboleh nk tidoq lagi, jam dah pukul 5.50 pagi. Ramai yang xtidoq lagi, td dlm kereta smua duk cakap letih la, ada bantai best la, last2 skli ndapat game, laptop, komputer, bahan hiburan sampingan ( Khas untuk Pakon ) yang lain smua xjd tdoq.
Aku rasa aku tidoq dlm pukui 6.30 pagi la, sebab before tdoq aku pi kacau bob tgh main DOTA, Saddam n Akie mat Xbox dekat bawah, jamal n pakon tgk Battle At The Berric 3 dari laptop aku, Black main PSP. Yang tidoq awai Fitri, Akib, & Apit Drift.
Sedar2 Jamal gerak aku pukul 7.30 pagi. Tgk jam rasa macam malas ja nak bangun, letih kot smlm tdoq pukui 6.45 pg. Lepak dekat beranda luar sambil tunggu turn nak mandi, punya la lambat tunggu sorang2 abih mandi. Dekat beranda pagi2 pon sempat lagi record. Gila member2 aku nie. Dlm pukui 8.30 pg baru semua selesai bersiap, semua turun ke bawak dan mak EL dah sediakan sarapan pagi iaitu air milo & karipap panas.
Dalam pul 9 pagi baru la pkami tiba di Queenbay Mall. Skater Penang dah ramai sampai, cuma pro2 dari KL yang masih belum nmpk. Comp start ada la dalam pukul 11 pagi. aku xingat sebenarnya comp start pukul berapa sebab xpakai jam waktu ni & cuaca panas sangat dari pukul 10 pagi tu.
Judge untuk comp di Penang ni ialah Am Cher dan MC ialah Boy Ipoh. Suasana agak meriah di sekitar event ni sebab di stage utama ada pertandingan menyanyi, menari, apa lagi acara seni yang lain, di stage yg 1 lagi ada Breakdance, B-Boys, ada lagi gerai jualan yang lain. Acara skate habis dalam pukul 2 -3 petang jugak la kalau xsilap aku, dan kami semua pi makan di Foodcourt Queensbay, lepas makan kami pusing & jalan sekitar pameran dan gerai2 jualan yg ada di sekitar event ni.
Suasana memang panas sangat, aku, saddam, mat aki, apit & bob lepak dalam kereta saddam. Buka air-cond sampai habis. Baru la rasa selesa, boleh tidoq lagi. Ada la sejam jugak duk tidoq la dlm kreta tu.
Keluar ja kereta tengok orang dah bagi hadiah dekat kategori BMX dulu. Aku sempat jugak record pemenang2 yang menerima hadiah.Untuk acara skate
No.1 - Kuchai SP
No.2 - Hariz mansor
No.3 - Fuad
Selepas acara pemberian hadiah, kami semua skate jam untuk menghabiskan masa yang ada di waktu petang sambil mendengar konsert Digi di stage utama oleh artis-artis yang popular.
Sedar tak sedar dah maghrib, kami semua lepak makan di tepi laut dekat dengan Seagate bayan Lepas. Boleh tahan la suasana di waktu malam dekat tepi laut ni. Di hiburkan pula dengan cerita lawak dari Bob & Saddam tentang Baby Tiger. Memang terhibur juga dua orang ni. Yang lepak kat sini macam Hariz mansor, Amy Gurun, Apit SP, Pendek, Fatah, Iman, Black, Aku, Jamal, Mat Aki, Pakon, Saddam, Bob, Fitri, Akib, Apit Drift, & dua tiga lagi yang aku xkenai sangat.
Lepas Hariz belanja minum dekat sini, semua pon dah rasa toya nak pengsan. Masing berangkat pulang menuju ke destinasi masing2. Kereta aku terus pulang ke Alor Star & Saddam pula ke Kulim untuk hantar Bob pulang ke Politeknik dia.
Tamat la cerita aku untuk DIGI Tour 2010 ini, tour yang memang best bagi aku sebab aku pun dah lama x chill dengan member2 sk8 ni smua, smua berjalan dengan lancar, tiada kecederaan yang teruk & semua selamat walafiat.
Semoga jumpa lagi warga Penang di tour yang akan datang dan aku dari MyPapan berterima kasih dnegan layanan yang diberikan oleh warga penang kepada kami.
Sekian.....!
Terima kesih kepada
Aizat Penang
EL kerana menyediakan rumah untuk bermalam dan sarapan pagi
Boy Ipoh,
Joe Ipoh,
Skater Sg Petani
Terima Kasih kepada rakan dalam Tour MyPapan ni..
Apit Drift
Saddam
Jamal
Black
Pakon
Tony Kamal
Bob
Petri
Mat Aki
Akib
2 comments:
aku lihat team mypapan ini sudah seperti maju dari semasa ke semasa...
aku lihat seperti team yang popular di USA....
semoga maju jaya....
trimas kasih.>!!!
Post a Comment