STORY ABOUT HUF

HUF founder, Keith Hufnagel membesar bersama skateboard di bandar New York sekitar tahun 80-an. Pada masa itu, skateboarding tidak di sukai kerana terlibat dengan budaya punk rock, hip-hop yang tidak mudah difahami oleh masyarakat. Inilah yang membentuk pandangan Hufnagel mengenai kehidupan.
Pada tahun 1992, Hufnagel telah berhijrah ke San Francisco untuk mencapai cita-citanya di dalam skateboarding. Selepas itu, beliau mencapai status Profesional dalam skateboarding yang memberinya peluang yang sangat jarang dikecapi & menikmati peluang untuk berjalan ke seluruh dunia dengan skateboard & industri banyak menyokongnya. Membesar dengan cara 'Do It Yourself" di dalam skaeboarding, Hufnagel melihat peluang untuk memberikan kembali kepada komuniti skateboard yang banyak mengajarnya mengenai kehidupan dan beliau membuka sebuah butik kecil di daerah Tenderloin, San Francisco. Tujuannya ialah untuk membawa sama semua brand skateboard, streetwear & sneakers yang terhebat berada di bawah satu bumbung, Beliau menamakan butik tersebut HUF dan dengan mudah kedai tersebut dikenali di sekitar Bay Area dan menjadi pembekal barangan yang dicari-cari oleh golongan yang meminati barangan ekslusif.


"GO OUT AND CREATE YOUR 
OWN FUTURE, - DO IT 
YOURSELF 
AND
DO IT IN STYLE "

Berkembang dengan pesat dan sangat terkenal, Hufnagel mendapati perlunya dia mempunyai barisan barangannya sendiri. HUF, sebuah label yang dirasakan meliputi skateboarding, streetwear, dan juga sneaker. Hampir sedekad penubuhannya, HUF telah berkembang maju secara bebas menghasilkan pakaian premium, kasut serta barangan skateboards.

Walaupun banyak yang berubah semenjak kewujudan brand ini, Hufnagel masih tetap berpegang teguh pada azamnya semenjak hari pertama. Beliau melihat skateboarding ini adalah lebih dari sekadar hobi dan sesuatu yang jauh untuk dikaitkannya sebagai satu sukan, dia melihat skateboarding ni adalah satu jalan kehidupan, dan skateboard adalah gaya hidup. Ia adalah gaya hidup yang menyatupadukan pelbagai budaya dari artis kepada ahli musik, kepada fotografer, individu yang berfikiran kreatif, skateboarding melangkaui bangsa dan sturktur budaya sosial, menyerlahkan lagi seseorang itu kepada dunia yang lebih bebas dari sifat prejudis & keterbatasan. Berpandukan idea selfexpression dan kebebasan hak individu, beliau melihat skateboarding adalah salah satu faktor yang bernilai di dalam sejarah & tradisi Amerika.


"MADE BY SKATEBOARDERS 
FOR THE SKATEBOARDERS"

HUF kelihatan klasik America, design yang tidak dimakan zaman, dan menghargai secara terperinci dalam setiap penghasilan barangan yang menggabungkan design masa lalu dan sekarang untuk masa akan datang. Gabungan baham material & pembuatan di ilhamkan dari bahan yang spesifik yang menjalani ujian masa lantas menghasilkan product yang sesuai skateboarder. Grafik & solgan yang kasual, HUF menawarkan pelbagai barangan yang unik yang sesuai untuk skateboarder & artis yang meminatinya.

Hufnagel's jatuh cinta pertama kalinya dan sentiasa mencintai skateboarding. Beliau terus memulangkan kembali kepada scene skateboarding melalui product & peluang yang ada di dalam syarikatnya, memastikan terus dihormati dan pengaruh HUF melebihi dari skateboards, streetwear dan sneaker komuniti. Hufnagel sentiasa terlibat di dalam penghasilan & hala tuju HUF, dan terus untuk mengelilingi dunia dengan skateboards bersama rakan-rakan dan team yang banyak membantu dan menginspirasikan visi asal mereka.

MADE BY SKATEBOARDER, FOR SKATEBOARDER ( Di buat oleh skater untuk skater ), HUF mempersembahkan bukan sahaja skateboarding, tetapi individu yang di inspirasi dari pelbagai pemikiran yang untuk menentang mentality skateboard yang sekarang ini lemah. Jangan puas dengan status quo. Keluarlah dan hasilkan masa hadapan anda sendiri.


Sumber dari HUF website dan di translate oleh Tony Kamal


No comments: