Mahu Berkongsi Kenangan Manis Skate Scene Anda

Hye semua, kali ini aku bukan nak buat contest atau cabutan bertuah macam blog-blog orang lain. Tujuan aku adalah ingin berkongsi kenangan pahit manis dalam dunia skateboard dengan semua orang melalui laman blog aku ni tidak kira di utara, selatan , timur atau barat Malaysia. Kita semua di bawah satu papan bernama Skateboard.

Ok, sebelum idea aku ni tercetus, kita semua pasti dan pernah merekod segala aktiviti harian kita semasa muda-muda dulu. Contohnya, sekali-sekala kawan-kawan bawa kamera yang guna filem ke skatespot yang dah R.I.P, tangkap gambar duk buat boardslide, 50-50, 5.0, nosegrind, manual, ollie longkang dan macam-macam lagi. Jadi apa salahnya kalau artifak tu kita berkongsi bersama rakan-rakan di luar yang jauh dan dekat untuk menghappeningkan lagi skate scene kita semua.

Kadang-kadang kalau gambar-gambar tu semua kita simpan dalam album maybe akan hilang, rosak atau di makan anai-anai, lagi teruk kalau banjir. Terus tak nampak apa, jadi kalau semua artifak tu di send kepada aku semua selamat dan tenang.

Aku bagi la ciri-ciri barang yang ada nilai sejarah tu dekat hang pa semua
- Gambar ramai-ramai duduk atas box (bagi nama skali)
- Gambar graphic deck
- Gambar yang tengah duk buat trick yang di anggap mengancam la waktu tu
- Gambar yang tengah gila-gila, terlompat-lompat bersama kawan-kawan
- Apa-apa yang berkaitan dengan skateboard la senang sikit nak cakap

Semua gambar yang cukup spesifikasi di atas boleh la di upload dan send ke ackillcamel@yahoo.com

(Tiada bayaran akan diberikan kepada setiap individu yang menyumbangkan artifak-artifaknya. Semuanya adalah ikhlas dari anda semua.)

2 comments:

Anonymous said...

abang2
for the beginner skater kan
brapa baudget yg diperlukan eh?

Tony Kamal said...

ko ada dalam 200 dah cukup untuk beli skateboard full, dari segi kasut ko pakai la dulu kasut yang bertutup. Dari segi pakaian ko pakai la pakaian yang sesuai di mata masyarakat agar ko tidak di sumpah sebagai poyo!
ok x aku bg tips?