Deck Baru!

Petang kemarin hujan turun, bagus jugak bila hujan dah turun, Alor Staq ni lama x di basahi hujan. Rasa-rasanya dah 2 minggu x hujan. Tapi bila dah hujan pada waktu petang ni, para skateboarder yang mengalami masalah pulak, X boleh nak keluar main. Skatespot kat aloq Staq ni semuanya x sesuai pada waktu hujan, jadi banyak la yang duduk rumah melepak, main game & ada jugak yang chill kat kedai kopi.
Hari Khamis yang lepas, aku pi kedai Gie iaitu Iceboxx di City Plaza. Gie baru balik dari kL dan pastinya ada stuff skate yang terbaru seperti deck, truck, bearing, wheel, pakaian & macam-macam lagi. Aku sempat la jugak angkat deck Plan B Paul Rodriguez pada kadar harga yang berpatutan. Anggaran harga pada barang-barang skate lebih kurang harganya dengan kat kL. So, apa gunanya buang duit ke kL semata-mata nak beli barang skate. Tapi kalau ada hal-hal lain boleh la teruskan niat tu.Jadi apa tunggu lagi, pergi la tengok dekat skateshop tu.