National Selection For Asian X-Games 2010 Shanghai, China, 1 - 2 May 2010


Pemilihan atlet untuk ke Asian X-Games 2010 di Shanghai akan diadakan pada 1 - 2 May 2010 bertempat di skatepark Mont Kiara. Juara bagi zon Utara iaitu Amy Gurun & Akib akan beraksi di peringkat final manakala Usher & Kieron Brodie akan mewakili Zon Tengah ke peringkat akhir.

Skaters-skaters diluar sana yang gagal di peringkat zon masing-masing boleh juga mencuba nasib sekali lagi di Mont Kiara. Cuma kelebihan diberikan kepada juara di Zon Tengah & Utara kerana mereka tidak perlu untuk bersusah payah lagi untuk ke peringkat akhir pemilihan.

Kepada semua peminat sukan lasak ini, anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

No comments: