Farook Bookstore, Alor Star, Kedah

Pada kali ini aku membuat review tentang sebuah kedai buku yang boleh dikatakan agak popular jugak di Alor Star ini, kedai ini ialah Syarikat Mohamed Farook atau lebih dikenali dengan nama Kedai Majalah Farook. Ramai visitor MyPapan bertanya dekat mana nak beli majalah skate di Alor Star, sekarang aku akan ceritakan kepada anda semua.

Dekat sini boleh dikatakan pelbagai majalah boleh dijumpai disini. Senang cakap majalah yang tidak dijual dikedai-kedai majalah yang lain. Dekat sini ada jual majalah Skateboarder Mag, Transworld Sktaeboading, BMX Mag, Mountain Bike Mag, PC Mag, Gamer Mag, National Geographic, dan macama-macam lagi lah..! Kebanyakkan majalah dijual disini ialah majalah dari overseas.

Kedai ini terletak di Jalan Kota iaitu di tengah-tengah pusat bandar Alor Star, Kedah.
Kedai ini terletak bersebelahan dengan Kedai Sharp & juga Poliklinik Pakar Perubatan Alor Star. Disebelah kanannya pula bersebelahan dengan Pustaka Alor Star iaitu sebuah pusat menjual buku-buku pelajaran.
Ianya terletak di bawah Pusat Tuisyen Jayaputra & berhampiran dengan Pusat Tuisyen Langkah Gemilang.
Dihadapan kedai Farook ini terdapat sebuah kedai yang menjual alatan sukan iaitu kedai A-Sport.
Bersebelahan kedai alatan sukan A-Sport tadi terdapat sebuah Maybank di sebelah kanan kedai itu.
Tidak jauh dari Kedai Farook, terdapat sebuah AM Bank. Ia terletak satu bangunan dengan kedai Farook.
Di hadapan AM Bank & juga Maybank, terdapat satu kolam bersempena dengan Maal hijrah yang di sambut di bandar Alor Star.
Kedai buku ini juga terletak berhampiran dengan Pusat Dakwah Alor Star, iaitu di lorong belakang Pusat Dakwah ini.
Sekarang jom kita tengok sikit ka banyak majalah yang dijual dekat kedai ini. Kedai ini berada di bawah tangga dan jika di pandang dari jarak jauh, mungkin anda semua akan berfikir yang kedai ini hanya sekadar menjual majalah dalam negara dan surat khabar tempatan.

Jika tidak jumpa skate mag setelah pening meneliti majalah yang banyak di dinding, anda boleh tanya dia & dia akan tolong carikan atau bagitau dah habis. So sekarang dah settle kerja aku tentang review pada kali ni. terima kasih kepada Latape sebab picture ni guna camera Nikon dia la. Kalau nak berkenalan dengan Latape di Facebook..

Okey, sekian terima kasih dari saya Tony Kamal dari MyPapan..



6 comments:

FJ said...

Aku beli transworld, skateboarder mag kt sini dulu! Hahaha.

yusni said...

great. really great. la aku tau dh nk bli kt mna. thank kaseh for the review!

Tony Kamal said...

kedai lama ni boy...dari zaman kita kecik2 lagi...

Tony Kamal said...

sama2 to yusni...kadang skate mag abih sbb limited kat kedai ni..

Anonymous said...

lepas ni mudah la aku nak beli skate magazine yg overseas dekat area alor staq ni...

nasib baik ada mypapan ni....

Tony Kamal said...

trima kasih..>!!!