
Benda yang aku duk merapu di atas ni ialah deck hasil kolaborasi antara jenama Cnopsis dengan sebuah band yang popular di rantau Asia iaitu Incarnation. Hasil kolaborasi ini menghasilkan satu design yang agak menarik & cantek untuk dipadankan dengan gaya permainan skater area utara ini yang kebanyakkannya ganas-ganas.
Hasil daripada kolaborasi ini ialah 4 buah design yang berlainan. Senang cakap kalau kita suka yang simple pun ada, yang rilex-rilex pon ada, kalau nak ganas teruk pon ada. Kepada pengumpul-pengumpul barangan 'Pelik tapi Benar, boleh la kumpul keempat-empat deck ini'.
Maklumat tambahan yang baru aku terima, hanya 2 design sahaja yang akan keluar daripada keempat-empat design di atas. Yang pasti pemilihan design masih dijalankan, pihak Incarnation sendiri meminta pandangan daripada orang ramai dalam pemilihan design-design ini. Mizie Cnopsis memberitahu deck ini mungkin akan keluar awal tahun hadapan iaitu 2011.
Untuk maklumat lanjut mengenai kedua brand ini boleh rujuk di kedua-dua Facebook brand ini
Itu sahaja review aku untuk kali ini, dan jumpa lagi.
2 comments:
manehhh..
p icebox truih esk.
xpasti lagi di Iceboxx dah ada ka blom?
Post a Comment