Alamak jam loceng dah berbunyi menunjukkan pukul 7.30 pagi, malas gila nak bangun sebab semalam aku pergi main futsal dengan teman-teman aku di Std Suka Menanti. Letih & sengal dekat paha & betis sebab lebih kurang 7 bulan langsung tak menendang bola.
Aku bangun pagi mandi & breakfast nasi lemak dengan segelas air Milo. Setelah selesai breakfast, aku mencapai bag yang berisi Camera Nikon D40x kempunyaan kawan karib aku & juga camera Digital Canon untuk tujuan record suasana di skatepark. Terdapat satu lagi beg iaitu beg yang berisi skateboard aku dan juga pakaian tambahan aku serta botol minuman.
Dalam cuaca yang agak sejuk pada pukul 9.30 pagi itu, aku tiba di skatepark YSB Taman Jubli Emas, Alor Star, Kedah. Wah..dah ramai skaters yang tiba, semuanya sedang melakukan proses pemanasan badan. Aku mengambil beg-beg dan bawa ke bawah kabin untuk disimpan. Setelah bertemu dan bersalam dengan rakan-rakan, aku mendaftar di kaunter pendaftaran yang terletak di bawah menara peninjau. Kira orang last skali aku la, malu rasanya.
Aku melihat jadual yang aktiviti pada hari ini, Skateboard Beginner mula dahulu diikuti oleh Best Trick Expert dan Final Skateboard Beginner akhir sekali. BMX Jump Box ahkir sekali selepas Final Skateboard Junior.
Upacara dimulakan seawal jam 10.00 pagi iaitu upacara perasmian majlis oleh Tunku Puteri dan juga ceramah dari Jabatan Kesihatan mengenai masalah sosial dan juga HIV/ AIDS. Setelah tamat ceramah tersebut, semua peserta mengambil gambar bersama Tunku Puteri di atas stage skatepark, serta sedikit demo dilakukan oleh Bob, Saddam, Amy Gurun, Aiman, Akyb, Abid, Taufek & Wan.
Kategori Beginner bermula jam 11.00 pagi dan peserta pertama ialah Yon. dan akhir sekali ialah Azeril. Dari pemerhatian aku yang ketika itu berada di menara pemantau, junior-junior skrang ni boleh dikatakan hebat-hebat, siap boleh terbang-terbang lagi sambil buat frontside melon dekat quaterpipe yang paling besar, 50-50 all night long , fakie board, indie transfer to 50-50 grind. Kira boleh dibanggakan juga la..Judge untuk kategori skateboard ialah Mat Aki dan juga Angah Cole.
Setelah tamat kategori Biginner, kategori Expert bermula pada pukul 12.30 tengahari. Panas terik memang membakar kulit. Peserta di bahagi kepada 2 kumpulan kerana terdapat 9 orang dan helmet yang disediakan tidak mencukup. Kumpulan pertama ialah Jamal, Amy Gurun, Bob, Black & juga Akyb.
Kelompok ini memang power beb, waktu aku tengok mereka main memang dah rasa kecewa dah sebab tak tau nak buka trick apa nanti. Amy dengan kickflip 50-50 to 5.0 box+ledge.. Jamal pulak Hardflip 50-50 di box. Black waktu ni dengan semangat gila apa ntah berjaya menglandkan trick frontside blunt shuv-it out. Bob berjaya mengland frontside feeble dan mencuba backside heelflip to frontside boardslide. Tapi tiada rezeki sebab trick tu tidak land. Akyb pada comp kali ini agak stress sebab bergaduh dengan organizer kes tidak mahu memakai helmet. Agak bodoh kan pergaduhan ni, bagi aku memang la best kalau tak pakai helmet tapi dah organizer cakap mesti pakai. So, pakai jer la. Jangan la sampai hilang mood untuk masuk comp, orang masuk comp untuk happy-happy dan menang prize, bukan nak bergadoh.
Setelah selesai kumpulan pertama, kumpulan kedua yang terdiri dari aku Tony Kamal, Saddam, Pakon, dan juga Aiman. Kami 4 orang bermain dalam pukul 1.10 petang. Memang matahari duduk atas kepala la waktu ni sebab aku cari bayang-bayang langsung tak ada di sekeliling aku.
Kumpulan aku bermula dengan trick dari Aiman iaitu frontside board di flat rail, selepas itu aku membuat trick-trick basic terdahulu untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas, dan aku tak mau terlampau gopoh sebab masa yang diberikan kepada setiap kumpulan ialah 25 minit. selepas membuat Nollie Lipslide di flatrail, dan krooked di ledge. Aku rasa dah cukup selesa untuk melakukan trick combo. Ketika ini Saddam tengah duk try kickflip frontside board, Aiman pulak dah land Lipslide all night long di rail, Pakon sedang mencuba frontside board shuv-it out & trick apa ntah yang aku pun tak berapa faham. Lebih kurang dalam 10 minit permainan, aku baru berjaya menglandkan kickflip 50-50 di ledge dan juga box serta Saddam kickflip frontside boardslide di handrail. Aiman aku pun tqak faham sebab dia ni duk buat run apa ntah kat skatepark tu abih keliling, quaterpipe pun dia main, padahal Best Trick hanya di Funbox. Dalam keseronokan peminat dan juga peserta comp ini, Pakon dilanda musibah kerana nak elak dari terkena deck, kuku kakinya telah tercedera & dibalut. Pakon tersingkir kerana tidak berjaya menghabiskan comp dan terpaksa berehat di bawah khemah. Yang tinggal Aku, Aiman dan Saddam menghabiskan comp yang berbaki 5 minit sahaja.
Setelah tamat kategori Expert, majlis berehat dan peserta diberi makanan Nasi Tomato berlauk ayam masak merah dan sebungkus sirap ais. Pergh.!!! memang sodap.! Majlis berhenti lebih kurang 2 jam. Kami semua duk lepak atas menara sebab angin yang datang dari sawah padi memang syahdu.
Event bermula semula dalam pukul 3.00 petang dan acara Final beginner di mulakan. Aku nak ulas pun sebab trick yang sama juga budak-budak ni buat semasa sessi kelayakan ke Final pagi tadi. So, faham-faham la sendiri.
Selepas itu, acara BMX freestlye Jumpbox dimulakan dan judge untu kategori ini ialah Farok dan juga Din Jasni. Aku nak ulas tentang BMX pun tak berapa nak pandai sebab trick-trick BMX ni aku tak berapa tau sangat.
Acara BMX habis lebih kurang dalam pukul 5.30 petang dan semua peserta menuju ke bawah khemah untuk sessi penyampaian hadiah kepada pemenang. Penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta yang menghadiri Klinik X-Games yang dikendalikan oleh YSB. Hadiah diberikan kepada peserta yang menjawab soalan kuiz kesihatan dan akhir sekali penyampain hadiah kepada pemenang kategori masing-masing.
Skateboard Beginner
No.1 Hanip
No.2 Akmal
No.3 Pa'wan
No.4 Yusmar
Skateboard Expert ( Best Trick )
No.1 Amy Gurun
No.2 Black
No.3 Jamal
No.4 Saddam
No.5 Tony Kamal
No.6 Aiman
No.7 Bob
No.8 Akyb
No.9 Pakon
4 comments:
ok a tu no 5. gila akyb dok no 8 trus. ish, betoi ang kta tu, dia stress btoi dia.
waktu comp tu dia duk saja...
org len duk try buat trick..dia ble duk tengok...muka masam jaa...
ini dah macam online magazaine ni...
banyakkan lagi story event2 di merata tempat...
mmg aku bercadang nk buat mcm tu...
cuma aku takut lari dr objektif yg sebenar...
Post a Comment