Ground Zero Online Skateshop


Kali ini aku nak review dan memperkenalkan kepada semua pembaca tentang sebuah skateshop, tapi kali ini bukan kita akan ke skateshop yang berada di dalam shopping mall atau rumah kedai 2 tingkat. Kita akan melayari internet untuk ke kedai tersebut.
Kedai tersebut ialah Ground Zero ( GZ ). Kalau pembaca semua nak tahu, GZ ni ialah first online skateshop di Malaysia via Facebook. Tokey skateshop ni ialah Mizi dari Sungai Petani. Kira orang kuat dalam membantu perkembangan skate scene di Sungai Petani la.
Di skateshop ini, terdapat pelbagai jenis barang-barang skate seperti deck, kasut, truck, bearing, wheel, t-shirt, bagpack, dan barang-barang skate yang lain adalah dijamin original dan memang berkualiti. Brand seperti eS, Emerica, Vox, Etnies, Thrasher, Fallen, Globe, Supra, Alien Workshop, Independent Truck, Plan B, Girl, Chocolate, Creature, Black Label, Mystery, Zero, Silver Truck, Thunder Truck, Lakai Footwear, Baker, Almost, Foundation, Speed Demon, Sk8Mafia, Toy Machine, DVS shoes, Jart, Element, DGK, Momentum, Nike SB, Adidas dan maca-macam lagi la.
GZ juga mengeluarkan brandnya sendiri iaitu c'nopsis. Jenama C'nopsis banyak dikeluarkan diatas deck. Terdapat dalam pelbagai jenis graphic dan graphicnya agak menarik dan bagi aku la seni graphicnya memang mengikut citarasa skaters zaman sekarang. Di antara skater yang di sponser oleh C'nopsis ialah Farid, Fatah & Amy Gurun.

Untuk maklumat lanjut boleh lah menghubungi
Wan - 0176411307
Mizi - 0129075624

Atau E-Mail
cnopsis@gmail.com

Anda juga boleh melayari kedai mereka di Facebook iaitu
Ground Zero