#3 News On MyPapan, November 2010

Thrasher Magazines dengan berbangganya mengumumkan Leo Romero sebagai Skater of The Year 2010. Setelah beberapa bulan Thrasher Mag melakukan undian di dalam laman webnya. Pengunguman ini adalah seperti dapat dijangka kerana tahun ini sahaja video Leo Romero boleh didapati di dalam Toy Machine - Brainw.ash & Emerica - Stay Gold. Selain prestasi yang meningkat naik semenjak beberapa tahun ini, penganugerahan ini memang berbaloi diberikan kepadanya. Untuk melihat videonya, klik pada Thrasher Mag
Christian Senrud publish post terbaru di dalam Skateboarder Mag Online bertajuk Hype Welcomes Justin Cefai. Hype Skateboard banyak menghasilkan produk pada Deck, Wheel & juga t-shirt. Untuk melihat video Justin Cefai bolehlah klik pada Hype Skateboard.

Post terbaru yang ditulis oleh Templeton Elliot di dalam The Skateboard Mag, Sascha Daley telah menyertai team Mystery. Untuk melihat videonya di dalam Mystery.




Tadi aku baru terbaca sebuah post dari Skateboarder Online Magazines bertajuk "Support A New Skatepark in Laguna Beach". Sebuah article tentang kempen untuk meminta sokongan daripada orang ramai dalam membina sebuah skatepark di Laguna Beach. Caranya mudah dengan hanya perlu menulis sebuah karangan ringkas dan di e-mailkan kepada grind@lagunaskatepark.com .. Memang mudahkan kalau hendak buat kebajikan. Kenapa rakyat malaysia tidak minta kerajaan buat skatepark dengan cara sebegini? Itu tidak penting buat masa sekarang ini sebab aku lebih terpandang kepada lukisan plan yang mereka buat, memang memenuhi hasrat para skateboarder semua. Dengan susunan yang cantik dan tidak berterabur, di tambah pula dengan persekitaran yang menghijau. Memang nyaman la kalau skate dekat situ. Kalau nak tengok design-design skatepark tersebut klik di sini, Laguna Skatepark
Post terbaru Christian Senrud dari Skateboarder Online Magazines menulis Almost Skateboarding mempunyai seorang lagi riders terbaru mereka. Riders tersebut ialah Willow. Gossip-gossip dari internet menyatakan Willow keluar dari Flip kerana Flip tidak mahu menaikkan statusnya kepada Pro. Selain Almost skateboard, Willow ride untuk Indy Trucks & juga Momentum Wheels.Untuk maklumat lanjut layari website Almost Skateboard.
Skatepark of Tampa telah selesai menjalani proses pengubahsuaian dalaman. Foto terbaru skatepark tersebut yang di ambil daripada laman facebook Skatepark of Tampa menunjukkan suasana yang lebih ke arah street skatepark. Tahniah diucapkan kepada Tampa Skateshop yang membina skatepark ini dan menyelia mengikut peredaran masa. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi website Tampa Skateshop atau Facebook Skatepark of Tampa.
Thrasher Magazines telah ada fan pagenya sendiri di Facebook iaitu Thrasher Mag.
Thrasher online Magazine menulis, Taylor Bingaman telah bertukar status Amateurnya kepada Professional oleh Creature. Creature yang mengeluarkan barangan seperti deck. Untuk melihat deck terbaru Taylor Bingaman sila klik pada Creature Skateboards.
Website Ezekiel mengumumkan kemasukan Lee Yankou ke dalam senarai rider mereka. Untuk melihat iklannya Lee yang terbaru sila klik di Ezekiel.

Cody Catfist McEntire sekarang ini telah menjadi Pro untuk Think skateboard. Think skateboard sekarang ini berada dibawah satu distribution iaitu Street Corner Distribution bersama-sama dengan brand Venture Trucks, Lucky Bearings & Hubba Wheels.
SUPERbrand Apparel mengumumkan Amateur terbaru mereka iaitu Florida's Brad Cromer. Brad akan bersama-sama dengan Chris Roberts & John Motta

Post terbaru di Thrasher Online menulis Chris Cole telah menjadi salah seorang rider dalam Stance. Stance adalah sebuah brand stoking yang mengetengahkan nilai-nilai seni pada fabriknya.



Happy Birthday kepada
Burnside Skatepark kerana telah mencapai usia 20 tahun.



Result Comp di Mettle Games 2010 di Singapore
pada 29 - 30 October 2010
No.1 - Firdaus Rahman ( Sg )
No.2 - Faris Rahman ( Sg)
No.3 - Sutat Siraawt ( Thai )
sumber : Skate Malaysia




Selfish Skateboard dengan berbangganya mengumumkan Kyle Nicholson telah menjadi salah seorang roster mereka.

No comments: