Kelab Skateboard ( KSB )

Review MyPapan pada kali ini ialah sebuah kelab yang baru ditubuhkan iaitu Kelab Skateboard ( KSB ). Kelab ini ditubahkan pada bulan Februari 2011 dan ia adalah kelab skateboard yang pertama didaftarkan di bawah Suruhajaya Sukan Malaysia ( Malaysia Sports Commissioner ).

Orang kuat yang menjayakan kelab ini ialah Boy Ipoh dan juga Joe Ipoh serta dibantu oleh beberapa orang skater yang mempunyai pengalaman yang meluas di dalam scene skateboarding di Malaysia.

Tujuan sebenar penubuhan KSB adalah untuk menyatupadukan seluruh skateboarder di seluruh Malaysia. Pada masa kini, kebanyakkan skater bergerak dalam sukan ini secara berkelompok dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap. Dengan adanya kelab ini, kita dapat lihat skateboarder mempunyai kelab yang dapat membimbing skateboarder dan sukan ini menuju ke arah kecemerlangan.

Disamping itu, kelab ini menyediakan latihan tambahan kepada skater yang masih baru untuk mengenali sukan ini secara profesional di mana pelbagai teknik-teknik asas akan dicurahkan oleh skater-skater yang berpengalaman di dalam KSB. Latihan ini tidak terhad kepada skater yang masih baru, skater yang telah berpengalaman dan telah lama bermain juga boleh turut serta menimba ilmu dan pengalaman daripada KSB.

Selain itu, kelab ini mampu untuk menguruskan pelbagai acara yang berkaitan dengan sukan extreme seperti pertandingan skateboard, demo, clinic skateboard, menyediakan skater yang layak untuk sessi photography, iklan tv dan pelbagai perkara lagi yang memerlukan skateboard & skateboarder.

Di antara events yang telah mendapat sentuhan daripada KSB

Events yang akan berlangsung pada 17 June 2011 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia bersempena dengan Go Skateboarding Day sedunia.

Diharapkan agar KSB ini akan membawa skateboarder di seluruh Malaysia menuju kejayaan dengan peningkatan taraf latihan, pertambahan fasiliti latihan (skatepark), penambahbaikan sistem pengadilan, dan memperbanyakkan lagi pertandingan di merata negeri.

Untuk mengikuti perkembangan kelab ini, anda boleh klik pada logo kecil KSB dibawah ini.

Sekian sahaja review MyPapan pada kali ini, semoga maju jaya diucapkan kepada Kelab Skateboard & MyPapan akan menyokong serta membantu sedaya yang mungkin dalam mengembangkan lagi scene skateboarding di Malaysia ini.

No comments: