Mari Beramal by Organisasi Papan Selaju Johor

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia & penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama melakukan amal jariah dalam membantu sesama umat. Kali ini, Organisasi Papan Selaju Johor memerlukan sumbangan daripada orang ramai serta daripada skateboarder sendiri dalam menjayakan events ini.


Plan :
Idea simple sahaja, kami tidak mahu membebankan sesiapa yang ingin menyumbang kepada kami dengan memberikan barangan baru. Tetapi kami cuma ingin sumbangan dari pada pihak-pihak anda barangan terpakai atau yang sudah lapuk yang korang semua da kompem-kompem dah tak pakai lagi. So kami akan mengumpulkan barangan terpakai tersebut yang tergolong dari pada deck, truck, wheel, bearing, kasut dan lain-lain yang mana kondisi barangan tersebut dikira masih boleh digunakan untuk pihak yang seterusnya.


Objektif :
Objektif juga senang, kami organisasi ade plan nak buka booth pada satu-satu event. Dimana dalam booth kami dalam sambil melakukan aktiviti seperti menjual barangan skateboard dan juga review pasal scene skateboard kami juga akan melakukan aktiviti yang mat saleh selalu kate "product give away". Product give away atau juga kami akan buat penjual barangan seperti penjual kedai-kedai bundle lakukan. Menjual barangan pada harga yang rendah. Ok barangan tersebut adalah terdiri dari barangan sumbangan dari pihak yang menyumbang kepada kami dan duit hasil dari pada penjualan akan di masukkan kedalam tabung organisasi.

Saya dari pihak MyPapan Skateboarding berharap agar orang ramai dapat menyokong rancangan ini dengan memberi bantuan sekadar yang mampu. Sumbangan boleh disalurkan kepada

Wan Extra
Kimi
Asmuni
Ejat
Bani

Untuk maklumat lanjut sila klik logo Organisasi Papan Selaju Johor
atau layari Facebook Organisasi Papan Selaju

No comments: