James Van Doren died at 72 : Co-Founder of Vans

Pasti ramai yang tidak tahu siapakah yang mencipta kasut VANS. Nama VANS sangat terkenal di seluruh pelusok dunia sehinggakan lanun-lanun cetak rompak mengaut keuntungan berjuta-juta dollar daripada nama VANS ini. 

Untuk pengetahuan anda, ini adalah James Van Doren. Orang kuat yang mencipta kasut untuk seluruh skateboarder pada suatu ketika dahulu.  JVD memulakan perniagaan bersama abangnya menubuhkan Van Doren Rubber Co. di Anaheim pada tahun 1966. Bermula dari awal lagi, kasut ini sudah dikenali dengan nama VANS oleh skateboarder pada ketika itu kerana mempunyai tapak getah yang selesa digunakan untuk bermain skateboards.

Van Doren Rubber Co merancang tidak menggunakan khidmat "orang tengah" dalam operasi jualan mereka sebaliknya mereka terus menjual kasut mereka kepada orang awam.

Kasut VANS semakin popular apabila Sean Penn memakainya di dalam filem "Fast Times at Ridgemont High" pada tahun 1982 sehingga kini.
 


No comments: