Baru sahaja komuniti skateboarder Sungai Petani mahu menarik nafas lega kerana mempunyai ruang dan kemudahan yang selesa untuk bermain skateboard, timbul pula isu dimana skatepark ini telah diroboh oleh pihak penguasa daerah kerana tidak mempunyai kebenaran membina dan menggunakan kemudahan kawasan riadah ini.
Kemudahan gelanggang bola keranjang yang tidak mendapat sambutan daripada penduduk setempat telah diguna pakai oleh komuniti ini untuk membina beberapa binaan kecil barangan untuk bermain skateboard dengan membelanjakan duit poket sendiri untuk membeli barangan keperluan.
Setelah binaan ini siap sepenuhnya, suasana tempat ini menjadi ceria dengan kehadiran golongan-golongan belia datang melakukan aktiviti riadah dan rekreasi mengurangkan gejala sosial, maksiat dan jenayah sekitar kawasan ini.
Dari sumber gambar dan video, kita dapat lihat beberapa binaan yang di usaha dangan menggunakan duit poket anak muda sendiri sudah selesai diroboh. Komuniti kecil skateboarding di Sungai Petani amat berdukacita mengenai masalah ini dan mengharap pihak daerah dapat memulakan langkah yang wajar untuk pembangunan masyarakat dan belia di Sungai Petani.
Di bawah ini terdapat petition untuk orang ramai menyatakan sokongan agar pihak-pihak tertentu dapat memberi perhatian yang serius mengenai isu ini
Link Petition : Click Here
Video : Youtube