Showing posts with label Web Sites. Show all posts
Showing posts with label Web Sites. Show all posts

SCREWTHEBOX.TV

 Website terbaru pada minggu ini iaitu ScrewTheBox. STBX banyak terlibat dalam pembikinan video skate seperti segmen Screwthebox yang mengundang skateboarder untuk membuat trick-trick yang gempak di atas box. Tahniah diucapkan & berharap lebih banyak video & segmen yang memberi nafas baru dalam industri skateboarding di masa akan datang.

SKATERSATLAS.COM

SKATERSATLAS.COM is an online video magazine about Skateboarding & Culture. With six to ten issues per year, it is dedicated to documenting the people and stories of a life for and with skateboarding - local and global, one city at a time.

Muslim Skateboarder

LinkSebuah badan Non-Government Organization (NGO) iaitu Muslim Skateboarder telah ditubuhkan dengan bermatlamat untuk menyatu-padukan skateboarder-skateboarder yang beragama Islam di seluruh dunia. Founder Muslim Skateboarder ialah Joe Ipoh & Boy Ipoh, dua nama yang tidak asing lagi di dalam negara dan mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang skateboarding. Daripada maklumat yang terdapat di dalam page mereka di dalam Facebook, organisasi ini masih baru lagi ditubuhkan.

Marilah kita menyokong dalam usaha organisasi ini untuk mencapai impian mereka menyatupadukan skateboarder-skateboarder diseluruh dunia yang beragama islam

Untuk maklumat lanjut sila klik
Muslim Skateboard

Preduce Skateboard Online Shop



Pada kali ini aku memilih untuk meng-review sebuah website yang berpusat di negara Gajah Putih iaitu Thailand. Kalau sebut brand ni memang semua orang kenal lah. Tapi kalau kaki baru mungkin tidak berapa mengenali brand ini. Jenama tersebut ialah Preduce.

Baru-baru ini, aku telah menerima satu message di dalam Facebook. Message daripada Preduce Skateboard mengumumkan online shop & new website mereka.

Terdapat 3 branch Preduce di Thailand iaitu di Preduce Siam Square, Preduce Esplanade & yang terbaru dirasmikan ialah Preduce Chiang Mai. Ketiga-tiga kedai ni memang nampak stylo lah.

Antara barisan rider Preduce ialah Tao Kitpullap, Kyle Brown, Leo Anzevui, Yannick Jobin, Lert Saeri, Geng Jakkari, dan Ryan Sripeasatja.( Di antara brand-brand yang terdapat di Preduce )

Preduce pernah mengeluarkan sebuah video footage yang berjudul Sambai. Kita tengok sedikit video tersebut melalui Youtube.



Untuk melayari & mengetahui maklumat lanjut mengenai brand ini klik di
PREDUCE SKATEBOARD
or
Preduce Skateboard on Facebook

SLOWMO TV.COM



slomo tv.com promo 2 from Slowmo tv.com on Vimeo.



Pada kali ini kita akan review sebuah local website yang mempunyai unsur-unsur skateboarding. Website tersebut ialah SLOWMO TV.COM. Website ini dimiliki oleh Man Extra & sekarang ini website ini masih lagi didalam proses pembikinan. Baru sebentar tadi Man memberitahu aku tentang berita ini & minta diheboh-hebohkan kepada semua skater mengenai kewujudan website terbarunya.

Kita berkenalan sedikit dengan founder website ini. Man Extra ni ialah salah seorang skater yang berbakat dan banyak menghasilkan karya-karya seni video yang berkaitan dengan skateboarding. Video-video Man memang stylo aku cakap, senang cakap 3 star from 5 star. Di tambah dengan teknologi cameranya, softwarenya, memang meletop la. Sekarang ini Man banyak meluangkan masanya skate di Shah Alam dan sekitar Kuala Lumpur.

Di harapkan semoga Man Extra terus success dalam career skateboarding & juga videographer dan mampu menghasilkan video-video yang lebih meletop di masa hadapan.

slowmo tv.com promo 1 from Slowmo tv.com on Vimeo.



Slowmo tv.com promo 4 (aggressive inline) from Slowmo tv.com on Vimeo.



Slowmo tv.com Promo 3 (BMX) from Slowmo tv.com on Vimeo.



Untuk layari website ini klik pada
SLOWMO TV.COM
Untuk mengenali Man Extra dengan lebih lanjut klik di bawah
MAN EXTRA via Facebook.

Chris Cole New Official Site


Chris Cole sekarang ini telah melancarkan official site terbarunya iaitu "CHRIS COLE". Melalui website ini, kita dapat mengetahui informasi terkini mengenai jadual hidup, competition terkini, perancangan & pelbagai lagi mengenai Chris Cole. Pasti semua memang ternanti-nanti akan kewujudan website ini & akan sentiasa update berita-berita terkini mengenai beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai official site beliau klik pada
CHRIS COLE

SINDROM MAG - Issue 1 December 2010

Inilah issue yang pertama dan juga e-mag yang pertama di Malaysia. Memang berbangga la lepas download & baca mag ni. Sindrom MAG ni diterbitkan oleh Sindrom Skate Media Project. Iaitu sebuah group yang beroperasi di sekitar Serdang. Group ini memang kreatif & inovatif kerana mampu menghasilkan mag mereka sendiri.

Sebelum ini, group ini lebih dikenali dengan nama Sindrom Foto Freak. Ditubuhkan pada tahun 2005. Sebelum keluarnya mag ni, aku dah dengar cerita group ni daripada member baik aku sendiri iaitu Latape, kira kagum la bila dengar tentang perancangan group SSMP ni untuk wujudkan sebuah online skate mag.

Jadi di harapkan agar team Sindrom Skate Media Project ni mampu meningkatkan lagi mutu & quality penerbitan mag mereka dari hari ke hari dan saya Tony Kamal dari MyPapan Skateboarding mendoakan kejayaan kita semua dalam industri skateboarding di Malaysia ini.

Untuk meng-download e-mag mereka yang pertama sila kik di sini.
Sindrom MAG


Untuk maklumat lanjut tentang team ni, sila klik pada

SINDROM SKATE MEDIA PROJECT
Untuk melihat hasil kreativiti mereka sebelum wujudnya skate mag ini, sila klik pada
SINDROM FOTO FREAK.
Untuk menghubungi mereka, sila layari Facebook mereka iaitu
Sindrom Skate Media

e'S Timeline

Laman web ni dihasilkan untuk memperingati 15 tahun eS Footwear dalam industri skateboarding.Dalam laman web ni, kita dapat lihat perkembangan team eS bermula daripada Eric Koston, Tom Penny, Rick McCrank, Chad Muska, Cale Nuske, Rodrigo Tx, Bob Burnquist, Danny Garcia, sehinggalah Nyjah Huston. Dalam web ini juga diselitkan kejayaan yang telah dikecapi oleh team eS dalam international competition dan jelajah mereka ke seluruh pelusuk dunia. e'S Timeline

Color Magazine


Sebenarnya article ni aku dah lama tulis, cuma lambat ja aku publish. Dah sampai terlupa nak publish.
Color Magazine ini telah lama wujud semenjak tahun 2003 oleh Sandro Grison & ia berada dibawah Fourcorner Publishing Inc. Idea asal mereka ialah untuk menyediakan sebuah majalah berunsurkan skateboard dan juga idea-idea kreatif. Sekarang ini, Color Mag telah berjaya menyediakan hiburan multimedia melalui video / film, menghasilkan projek-projek khas yang membantu masyarakat dan mempunyai pengunjung & peminat yang setia terhadap majalah dan lama web mereka.
Idea asalnya ialah untuk menghasilkan sebuah majalah skateboard dan memberi maklumat kepada seluruh skater dengan tepat. Ia di ilhamkan oleh Sandro Grison & David Kristian, dan mereka menjelajah ke merata tempat untuk mencari fakta yang tepat.Matlamat mereka ialah untuk berjaya menghasilkan sesuatu yang berharga kepada semua golongan & lapisan masyarakat bukan sahaja tertumpu kepada industri skateboarding.

Untuk maklumat lanjut sila layari
Color Magzine

L-R-G : Lifted Research Group

L-R-G:Lifted Research Group Clothing Company. Sebuah brand pakaian yang tidak asing lagi di persada dunia Skateboarding. Mula ditubuhkan pada tahun 1999 di Santa Ana, California oleh Jonas Bevacqua dan robert Wright. Visi mereka ialah untuk menghasilkan design baju yang akan menjadi influence dan ikutan remaja zaman ini terhadap persekitaran. LRG telah berjaya dalam sebagai sebuah jenama yang exclusive.

Baru-baru ini mereka telah melancarkan video terbaru mereka yang bertajuk " Give Me My Money Chico". Riders untuk filem ini ialah Chico Brenes, Adelmo Jr, Kelly Hart, Jackson Curtain, Karl Watson, Rodrigo Tx, Rob Gonzalez, Robdrigo Peterson & Andrew Langi. Video ni memang menarik dan peru ditonton. Ini ada sedikit clip video trailer film ini.



Untuk informasi yang lebih lanjut tentang brand ini, click di L-R-G: Lifted Research Group.

Destructo

Aku saja surf internet, terbuka laman web Destructo. Tapi aku tengok web ni macam blog ja, kurang menarik sikit dan tak sama macam web brand skate yang lain.

Cuba-cuba la tengok laman blog Destructo nie..

Cliche Skateboards


Aku seperti biasa sentiasa mencari brand yang baru dan juga yang lama untuk memenuhi masa lapang aku. Pada malam ini aku telah ketemu dengan satu brand skate yang tidak asing lagi dalam scene skateboard di Malaysia iairu Cliche Skateboard.

Seingat aku, brand ini telah lama wujud dan seingat aku juga bermulanya aku bermain skateboard selama itu jugalah aku menganali Cliche Skateboard ini.

Cliche skateboard adalah brand yang berasal dari Eropah dan rider-ridernya ialah seperti Lucas Puig, Will Ricardo, Javier Mendizabal, Cale Nuske, Jeremie Daclin, JB Gillet, Joey Brezinski, Andrew Brophy, Charles Collet, Flo Mirtain & Sammy Winter.

So click on Cliche Skateboard

Almost Skateboarding

Website Almost skateboarding.
Saja click-click terjumpa website ni.
So click-click la website ni.