Bekerja Bersama Cokman & Pa'din

Dah 2 malam aku kerja dengan Cokman & Pa'din sebagai pembantu depa kat kedai print baju, kerja yang rilex dan tak perlu kalut-kalut nak siapkan kerja. Tapi lenguh kaki la sebab banyak berdiri dari duduk kat kedai tu.

Selama 2 malam aku berkerja kat kedai depa, kira bagus la layanan depa dekat aku. Sebab apa aku tulis depa baguih, sebab aku tak terasa pon yang aku duk kat tempat kerja. Aku ngasa macam aku duk melepak & tolong-tolong semampu tenaga yang boleh.

Malam first iaitu kemarin dulu aku start bwt kerja asas dahulu seperti kata Cokman iaitu melepak & mendengar lagu, hahahahahah. Kerja first skali mesti la aku kena buang kain bekas acuan dan buang skru, sebab frame tu nak guna balik untuk kerja-kerja akan datang.

Lepas buat kerja tu, aku masukkan dalam rak apa ntah nama dia untuk kerja-kerja print baju. Lepas aku masukkan baju, cokman akan cop baju tu. Lepas Cokman cop baju, aku kena guna UFO iaitu sejenis alat untuk mempercepatkan pengeringan dye tadi. Lepas dye tu dah dikeringkan oleh UFO tadi, Cokman akan dye dengan warna lain plak. Bila dah habis semua ulangan kerja aku tadi tu, aku akan keluarkan baju tu dari rak dia dan siap untuk dilipat dan dimasukkan ke dalam plastik dan di eksport kepada customers.

Kerja yang mudahkan setiap malam aku, tapi rilex-rilex pun kaki lenguh kot sebab berdiri tunggu UFO tu. Kalau tinggal lama-lama UFO tu nanti warna tak elok, so kena selalu la duduk tepi dia. Tapi layanan Cokman & Pa'din memang terbaik bagi aku.

Jadi kesudahan cerita aku ni, aku dah dapat pengalaman yang baru dalam hidup aku sekarang ni. Maybe pengalaman aku ni boleh digunakan di mana-mana dari pelbagai sudut bukan sekadar tau cara mencetak baju sahaja, tetapi lebih meluaskan lagi dari aspek perhubungan, masa kerja & keprihatinan.

Kepada sesiapa nak tempah baju bolehlah call aku & aku bawa hang pa jumpa tokey aku. Dia akan bagi BEST PRICE punya. Pasti Mari ! bak kata Mamu Raja Lawak 4

2 comments:

Sempai.. said...

ang keje dah ke??

Tony Kamal said...

keje sambilan ajo..