My Deck Collection



*Ni lah simpanan deck2 lama aku. Semua deck ni aku beli kecuali 1 ja yang aku dapat sebab menang comp Best Trick tahun 2007 di Stadium Alor Star. Kalau tak silap aku deck yang berada di sebelah kanan sekali iaitu deck Sinister. Kesemua deck nie aku simpan semenjak aku men sk8 pada hujung tahun 2004. First deck aku pada masa tu ialah Mini Logo, tapi tak da dalam gambaq ni sebab deck tu aku dah jual dekat junior aku. Truck yang aku pakai pada masa tu ialah truck Delta, iaitu truck yang boleh diketegorikan truck yang xpopular tapi boleh la tahan sebab pada masa tu baru nak belajaq men & hentam sajalah apa yang ada.

*First deck yang aku reka sendiri grafik dia ialah deck yang berada di sebelah kiri sekali yang ada lambang matahari terbit tu. Asalnya deck tu deck blank aku beli kat kedai Keith Shop. Aaahhh!!! Tentu semua nak tau Keith Shop adalah satu2nya kedai yang menjual barangan skate pada zaman 2000-an di Alor Star.. Kira semua skater kat Alor Star kebanyakkan membeli kt kedai dia la. Tak silap aku tokei dia nama Lim. Myb kot sebab aku pon tak ingat sangat. Sambung balik crita ttg deck tadi, aku terjumpa idea ttg grafik tu time nak balik umah pas main sk8 la, lalu kat depan sekolah cina iaitu Kiat Hwa (aku xngeti nak eja) nampak lambang ni kat depan pintu gerbang dia. Time tu xda dwt so bli deck blank ja yang mampu sebab harga dia RM 100 ja. Pas bli deck tu nampak kurang menyerlah la deck sebab nampak kosong, so amik peralatan cam spray, sticker, guntang , pisau & pa semua barang start ar buat. Pas siap nampak cantek plak sebab aku buat guna otak bukan ikut suka spray ja. Aku puji cantek bukan sebab pa, ngamai orang duk puji tanya hang buat camna, tentu la semua nak tau cam na aku buat.


*Ni la deck yang aku dapat menang comp Best Trick kt Std Darulaman. Comp tu dibuat oleh Gie dari Icebox. Gie ni tokei kedai Icebox kira kedai sk8 kedua pas Keith Shop la. Aku ingat lagi waktu tu aku buat trick Kickflip 50-50 kt handrail funbox. Time tu tak da sapa yang buat trick combo kat handrail, yang ada cam Apit UUM buat kickflip 50-50 kt ledge turun, Pakon buat kickflip 5.0 kt ledge turun jugak. So sebab tu la kot aku menang. Time aku menang comp nie, junior aku team Billion menang jugak no.1 di comp yang sama. Kira bangga la jugak sebab no.1 kami bolot waktu tu.

Antara yang wujud dalam koleksi aku ialah deck Sinister yang first skali. Deck nie aku xtau nama pa tapi memeng yang pertama sebab lepas deck ni aku dah tak beli deck Sinister sebab ekonomi dah kukuh skit. Deck ni kira sedap dan berpatutan dengan harga dia time tu. Ada dalam 2 atau 3 colour iaitu merah, ungu & ?(xingat)



Ni
la deck yang aku pakai sekarang, Zoo York Photo Incentive. Deck ni sedap dan ringan tapi agak lebar sikit, bagi sesiapa yang dah lama main mesti akan nampak deck tu besar pelik je. Nak ollie pon rasa dah lain. Tapi deck ni memang tahan lama sebab aku dah 3-4 bulan tapi still nampak okey lagi. Ni la salah satu deck yang mahal aku penah beli tapi aku puas hati.

2 comments:

cici koston said...

kdai keith wujud lgi ka?

Tony Kamal said...

Sorry lambat reply comment ko...
kedai Keith dh x wujud...
kedai tu dah tukar nama jadi Simple..
kedai yg jual sliper...