Girl - Yeah Right!


"Yeah Right" sebuah skate film dari girl Films International, Chocolate Cinema serta dibantu oleh SHT Sound. Filem arahan Spike Jonze & Ty Evans yang memang tidak asing lagi dalam industri seni di Amerika. Filem ni la yang membuatkan aku lebih bersemangat nak main skate sebab aku nampak cara hidup skater ni happy jer setiap masa.

Filem yang dibintangi oleh skaters dari team Girl Skateboard seperti Eric Koston, Rick McCrank, Brandon Biebel, Rick Howard, Mike Carrol, Guy Mariano, Paul Rodriguez, Jeremy Rogers, Jeron Wilson dan dari Chocolate Skateboard seperti Mike York, Gino Iannuci, Justin Eldrige, Chris Roberts, Chico Brenes, Danial Castillo dan ramai lagi yang turut diundang seperti pelakon terkenal iaitu Owen Wilson dalam menjayakan lagi filem ini.

Antara babak yang menarik yang diselit di dalam filem ini ialah seperti memperingati mendiang Keenan Milton yang mati terkena peluru sesat, deck yang bergerak secara single ke arah skater, Invisible Deck dan scene2 yang tak jadi semasa dalam proses shooting filem ini.Trick2 dalam filem ni memang best macam Eric Koston last skali buat 360 flip to Nosebluntslide di handrail, Mike York 360 flip to Noseslide kt curb, Rick McCrank Tailslide di handrail yang tinggi, Brandon Biebel dengan trick technicalnya, P.Rod dengan lompatan mautnya dari atas tangga,

Skatespot yang terlibat dalam filem ini banyak diambil di Los Angelas City College, Belmont High School, Hollywood Horizon Properties, LA Unified School District, dan County and City of LA/EIDC.

Aku bagi 9* dari 10* sebab filem ni memang bagus dan lama. Durasi dia 1jam 11 minit 47 saat. panjangkan? Memang puas hati tengok filem ni.

No comments: