#4 News On MyPapan, December 2010

Endonesia Annual 2010 telah keluar dengan pelbagai bahan yang menarik seperti ucapan daripada owner Endonesia Skateshop, Statistic blog Endonesia Skateshop, printscreen Facebook Endonesia, Printscreen Endonesia MySpace, Printscreen Endonesia Twitter, product Endonesia Skateshop, Koleksi Poster Comp 2010, picture skateboarding, picture Endonesia Skateshop dan macam-macam lagi. Annual 2010 yang dihasilkan dalam bentuk PDF dan boleh di download dengan free di 4shared. Sila klik Endonesia Annual 2010.
The Skateboarding Revolution edisi December telah keluar. Penuh dengan pelbagai article yang menarik. Antara isi kandungan pada issue kali ini ialah Pro Setup Man Kecik, bersama Ja Ciken dalam Sudut Belajar BS 5.0 Revert, Interview Dany TX & Putu Yogi dari Indonesia, Chechout Adam Faisal, Review Comp Converse Street Clash, Zone 5 Skateboard Challenge, Slash Live in KL dan banyak lagi. Apa tunggu lagi, dapatkan di merata kedai buku & majalah yang berdekatan. Untuk maklumat lanjut sila klik di The Skateboarding Revolution.

Selaju Online Interview kali ini menemuramah seorang skater dari negeri Di Bawah Bayu iaitu Linx KK. Ikuti temuramah Linx untuk issue ke-14 di Selaju Online Interview. ( Pict from SOI )


Kris Markovich sekarang ini telah menyertai team Nature Hardware. Nature Hardware telah mengumumkan rider baru mereka iaitu Kris Markovich, Nate Broussard, Sean Conover, dan Jack Crook. Kris akan diserap ke dalam team Pro bersama-sama dengan Gary Smith, Phil Ladjanski, Ricky Oyola, Gary Collins, & Dave Coyne. Signature Kris dijangka akan keluar pada 2011. Untuk maklumat lanjut klik pada Nature Hardware.

Sempena dengan jualan hujung tahun ini, HZ skateshop juga turut sama memeriahkan kerancakkan musim membeli belah di Malaysia ini. Kepada pembaca semua, HZ skateshop ini dimiliki oleh Pro Skater Malaysia iaitu Kecik Ampang. Lokasi skateshop ini, FF-05, Kompleks Gurney, Jalan Persiaran Gurney, Kuala Lumpur, Malaysia. Apa tunggu lagi jom serbu, kalau nak informasi yang lebih tentang skateshop ni, klik di HZ Skateshop

Post terbaru di Transworld Skateboarding yang ditulis oleh Blair Alley, Jack Curtin telah menandatangani kontrak bersama dengan Fallen Footwear. Jack Curtin meningkat popular melalui team DGK ( Dirty Ghetto Kids ). Selain itu, Jack Curtin juga disponsor oleh Bones Swiss Bearings, FTC Skateshop, Gold Wheels, LRG Clothings, MOB Griptapes,dan Venture Trucks. Nampaknya Jack telah meninggalkan team RBK dan join team Fallen. Fallen akan memulakan sessi pengambaran filem skate mereka pada awal 2011 nanti. Untuk maklumat lanjut sila klik pada Transworld Skateboard.

Sekarang Malaysia mampu berbangga kerana turut mempunyai e-Mag sendiri. Sindrom MAG telah ditubuhkan oleh skater yang menetap di sekitar Serdang. Sebelum ini, kumpulan ini dikenali dengan nama Sindrom.Foto.Freak. Setelah skate mag niwujud, mereka telah menubuhkan satu lagi blog website iaitu Sindrom Skate Media Project. Untuk membaca e-mag ni sila klik di SINI


Evan Smith
sekarang ini menjadi Am untuk Element Skateboard. Beliau akan bersama-sama dengan Boo Johnson, Julian Davidson, Lacey Baker & Nick Garcia. Klik di Element Skateboard untuk menonton video terbarunya.

Josiah Gatlyn
sekarang ini telah disponsor oleh EXIT Real World. Exit Real World ialah sebuah online skateshop seperti Active. Di antara skater yang disponser oleh EXIT Real World ialah Brent Acthley,bobby Groves, Braden Goddard dan ramai lagi. Selain di sponser oleh EXIT Real World, Josiah juga di sponser oleh
Stereo, Dvs, RVCA, Usko, Theeve, Ashbury, dan Select.

Chad Tim Tim sekarang ini telah menerima sponsor kasut terbarunya iaitu Dekline. Tim Tim juga di sponsor oleh Element Skateboards Element clothes, Element wheels, dan Aerial L7.



Tony Hawk's Birdhouse Skateboards
mengumumkan mereka telah menjadi partners didalam Syndrome Distribution. Birdhouse yang ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Pro Skater Tony Hawk. Birdhouse banyak menghasilkan deck, wheel, accessories & branded soft goods.

Sean Sheffey sekarang ini kembali aktif di dalam arena skateboarding, Sean sekarang ini telah menjadi Pro untuk Blind Skateboarding & pro modelnya telah berada di pasaran. Untuk melihat video clip terbarunya klik pada Blind Skateboard.








Final Results

1. Elijah Berle
2. Ishod Wair
3. Jon Cosentino
4. Kevin Romar
5. Jeffery Marshall
6. Felipe Gustavo
7. Julian Christianson
8. Ben Hatchell
9. Kyle Walker
10. Matt Berger
11. Jack Olson
12. Shawn Hale

Independent Best Trick
1. Cameo Wilson – 360 flip over the elbow block and a frontside flip to flat.
2. Dylan Perry – Gap to 50-50 over the elbow block.
3. Ben Hatchell – Fakie bigger flip over the bank to bank.

For more information please click SkatePark Of Tampa.

Tony Hawk sekarang ini berada di dalam tour di seluruh Amerika untuk memperkenalkan buku terbaru beliau bertajuk How did I Get Here? The Ascent of an Unlikely CEO. Maklumat diperolahi dari The Age.

Post terbaru di Skate Malaysia menunjukkan rider kita dari Malaysia iaitu Adam Zari telah berkongsi tempat ke-6 dengan rider dari Indonesia iaitu Pevi Permana Putr di pertandingan Asian Extreme Sport Championship 2010. Pertandingan yang berlangsung dari 3 - 5 December 2010 ini disertai oleh pro-pro dari serata negara di Asia. Mungkin bukan rezeki Adam Kepong pada kejuaraan kali ini, tetapi skaters di Malaysia semua berbangga kerana Adam Kepong berjaya masuk ke peringkat Final.

Stacy Peralta, Rodney Mullen, Lance Mountain, Mike McGill, Steve Cabellero, Tommy Guerrero dan Tony Hawk akan bersama-sama dalam menjayakan Bones Brigade Documentary. Documentary yang akan bermula pada February 2011 bertujuan untuk mengcungkil kembali sejarah yang pernah dikecapi Bones Brigade semasa era 80-an. Bones Brigade pada suatu ketika dahulu adalah sebuah jenama skateboarding yang terkemuka dengan barisan rider-rider yang hebat dan sekarang ini menjadi bermain dan menjadi tulang belakang dalam membangunkan scene skateboarding. Untuk maklumat lanjut klik pada Bones Brigade Documentary.
Post terbaru dari The Skateboard Mag menulis, Mike Vallely telah kembali kepada Powell-Peralta. Lebih dikenali dengan nama Mike V sekarang ini bersama-sama dengan Steve Caballero, Jordan Hoffart dan Chad Bartie. Clik pada Powell-Peralta.


Jed Shooter
sekarang ini menggunakan wheel KONTROL WHEELS. Selepas menerima sponsor ini, Jed akan bersama-sama dengan Ranson lambert & Andrew Pot didalam barisan Pro Kontrol wheels. Barisan Amateur mereka ialah Kyle Nicholson, Nate Principato, Alex Valdez, Spencer Brown, Derek Simon, David McCray, Joseph Mairen dan Oscar Meza. Untuk melihat sendiri product-product Kontrol Wheels klik di sini.

Post dari Transworld Skateboarding menulis Jon Goemann sekarang ini bersama sponsor terbarunya iaitu IPATH. Seperti semua orang tahu, I-Path adalah salah satu jenama kasut yang terkenal di dunia. Antara rider-rider yang terdapat didalam IPATH ialah
Kenny Reed, Fred Gall, Matt Rodriguez, Steve Nesser, Aaron 'Jaws' Homoki, Ryan Lay, Danny Dicola, Jack Sabback, dan Ben Rebourn. Untuk maklumat lebih lanjut klik di IPATH Shoes.

No comments: