Danga Bay Skatepark, Johor Bahru, Johore, Malaysia

Pada hujung oktober 2010, aku ada ke negeri Johor Darul Takzim bersama-sama dengan family aku. Alang-alang dah keluar rumah rugi tak bawa deck skali. Ni pulak first time aku nak ke negeri paling selatan di Malaysia. Dalam pertengahan jalan ke sana, aku merancang aktiviti aku, cari information tentang skateshop, skatepark, skater-skater area selatan & macam-macam lagi la. Setelah tiba di Skudai iaitu di rumah kakak aku, hari pertama memang aku tidak buat aktiviti sangat sebab penat sangat 12 jam dalam kereta. Tapi hari ke-2 di JB aku telah mula keluar mencari apa yang aku rancang. Aku ke Plaza Angsana kalau, ronda-ronda mencari kedai yang berunsur skateboarding, tapi aku tak jumpa, agak kecik hati juga la. Tapi aku ternampak skateboard complete tergantung di dinding. Rupa-rupanya N & Z skateshop. Setelah sembang dengan pekerja di skateshop tu ( terlupa tanya nama dia ), Wan JB datang dengan member-member dia. Sembang-sembang sikit, aku tanya dia tentang skater kat sana & last skali tanya dia tentang Skatepark Danga Bay. Wan cerita la jalan nak ke sana, ikut jalan ni, ikut jalan tu sampai la tepi laut. Setelah aku faham macam mana nak pergi, hari ke-3 aku dah pergi cari skatepark tu.

Berbekalkan sebuah motosikal, aku harungi perjalanan ke skatepak Danga Bay dengan kelajuan 40-50 km/j. Agak perit rasa hati bila mengenangkan masa selama 30 minit dihabiskan di atas lebuh raya yang memang sesak dengan kenderaan masyarakat yang berkerja di Singapore. Pertama kali aku naik motor tu, bawa la 80-90 km/j, aku ingat moto ni tak ada masalah, sampai ja atas jambatan enjin moto mati. aku dah cuak, dah la atas jambatan, negeri orang pulak. Mana la tahu kedai pomn dekat mana, nak kol kawan-kawan sapa pula yang ada kat sana. Aku rileks dalam 15 minit & start balik moto, nasib baik hidup. lepas kejadian tu, aku hanya bawa 40-50 km/j setiap hari.
Semenjak skatepark ni siap di bina, aku dah dengar berita dari mulut ke mulut skater bercerita tentang kewujudan skatepark ni. Selepas tu, keluar pulak review tentang skatepark ni dalam Revolution Skateboarding Mag. Tengok gambar pergh!!! Dalam hati teringinnya nak skate dekat sana. Lagi satu waktu tu aku baru ja main skateboard, macam-macam benda baru nak belajar. Aku masih ingat lagi Perak JB buat trick apa ntah dalam atas flat rail di funbox. Terus terpegun!
Sewaktu aku sampai ke skatepark ni, agak suram sikit sebab aku tengok yang ada dalam 3 - 4 orang ja yang main, aku hairan la jugak sebab dah pukul 6.30 petang ni. Tak kan x ada orang main kat skatepark ni. Apabila aku soal selidik skater-skater yang ada, rupa-rupanya skatepark ni meriah pada waktu malam. Dengan suasana kedai-kedai jualan & juga permainan yang terdapat di sebelah skatepark ni.


Yang best bila main di skatepark ni, ramai pengunjung yang akan duduk lepak melihat skater-skater bermain, ibubapa pulak duduk mengawasi anak-anak yang sedang bermain di playground di tepi skatepark. Dengan kehadiran keretapi yang cute melintas di sekeliling skatepark.

Masa aku main di skatepark ni, aku banyak lepak dengan Wan ja, memang peramah la Wan ni. Cuba bayangkan deck aku patah, dia boleh bagi aku pinjam main deck dia. Kalau kejap tak pa la, ini aku main dari pukul 7.30 petang sampai pukul 12 malam, dia rileks ja menyembang. Memang baik hati la. Sampai aku pula yang segan. Yang aku paling kagum tentang Wan ni ialah, bila dia main quarter pipe. Rilex ja, dengan trick yang smooth. Pergh! aku memang kagum la dengan kau Wan.Wan ni juga pernah di interview oleh Revolution Skateboarding Mag pada issue #65 di bahagian Checkout.


Tapi sayang la skatepark ni tidak di selenggara dengan sebaik mungkin, aku lihat dah ada plate yang kena curi. Tapi keseluruhan untuk skatepark ini memang masih boleh bermain dengan sempurna. Cuma agensi-agensi yang terbabit perlulah ambil tindakan terhadap kebajikan skatepark ni. Tengok-tengok la sikit apa yang kurang & apa yang perlu di tambah.
Hari terakhir aku di skatepark ni memang banyak memberi kenangan la. Firstly sebab skatepark ni jauh dari negeri aku,so belum tentu lagi la bila aku nak pergi sana lagi. Secondly dengan masa aku yang terhad, memang payah la aku nak menjenguk keluar. Thirdly, skater-skater yang harmoni seperti Wan Monyet & the gang.Hahahaha

Lepas main skate, aku lepak makan di restoran mamak mana ntah Wan bawa aku. Lepak dalam 2 - 3 jam bergosip tentang pelbagai isu dalam dunia skateboarding di Malaysia & luar negara. Berkongsi idea, information & macam-macam lagi lah yang kami sembangkan.

Okeih, aku rasa dah x ada apa-apa lagi yang nak tulis dalam ni, semoga terhibur membaca karangan yang aku tulis ini. Selamat membaca dari aku Tony Kamal.

6 comments:

muhamad ezwan extra said...

thanks cz review pasal danga..tp da xmasyuk..xde organisasi yg support kami..so sedih..dan bersabar jek..

Tony Kamal said...

sama2..knapa x cuba minta dari KBS atau dr company yg buat project Danga Bay tu?

muhamad ezwan extra said...

actually bkn xpernah..tp da bnyk kali..itupn time 4 thn lepas..scene tgh nek..tp langsung xde function..ura2 jek lebih..so skrg ni scene jb pn makin jatuh..xde yg nk support..so skrg ni kami jz try independently dgn buat group and komuniti..itu jek yg bole diplan buat masa ni..

Tony Kamal said...

klau dah mcm tu, kena hidup berdikari la..kumpul2 duit buat brg, men kt street, ..oo best jugak cm tu..

muhamad ezwan extra said...

haha tula..by the way..mcm mane korg dptkan skatepark kat kedah tu ek?ade rahasia x..haha kasi share..mane th dpt mmbantu..

Tony Kamal said...

skatepark di kedah ni di bawah pengurusan sebuah yayasan diraja iaitu Yayasan Sultanah Bahiyah ( YSB). Sultanah bahiyah ni isteri kepada sultan kedah. ysb memang sokong habis sukan extreme di kedah, dia sponsor BMX flatland & freestyle & skateboard. Skatepark ni dubuat atas kerjasama dgn KBS, YSB dan ada lg kot company lain.