Interview Bersama Pitri Al-Fateh Zainon Mengenai Aku, Pekan Kecil & Skateboarding

Review aku untuk MyPapan Skateboarding pada kali ini ialah sebuah novel indie yang mempunyai kaitan dengan scene skateboarding di utara Malaysia. Aku rasa ini adalah first skate novel yang skater dari utara hasilkan. Novel yang dimaksudkan ialah "Aku, Pekan Kecil & Skateboarding" hasil karya Pitri Al-Fateh Zainon.

Pitri mencurahkan pelbagai ilham dan idea-idea yang baru dan masih segar yang terhasil daripada pengalamannya dan rakan-rakan di dalam dunia skateboarding. Memandangkan novel ini adalah hasil tulisannya yang pertama, Pitri memastikan segala kudrat yang telah dikeluarkan akan mendatangkan hasil yang mantap & padu. Dengan crita setakat aku tulis dalam ni, dalam 50 naskah telah habis dijual. Walau pon 50 unit tu nampak sikit, tapi novel yang pertama & karya yang pertama, memang mendapat sambutan la.

Ini adalah sessi interview aku bersama dengan Pitri Al-Fateh Zainon melalui Facebook.

Tony Kamal : Macam mana boleh timbul idea untuk menghasilkan sebuah novel indie yang mempunyai kaitan dengan skateboarding?

Pitri Al-Fateh Zainon : Idea ini timbul bila aku tengok prasarana sukan sekarang ini gila**** makin best, tak macam zaman aku dulu. Macam haram dengan tak ada spot yang best, kena halau & sebagainya lah. Sebab itu mungkin aku tak terrer kot hahahaha. Lagi 1 sebab aku nak kongsi pengalaman dengan member-member lama dan betapa aku tertarik dengan scene skateboarding yang ada di Alor Star, Sungai Petani dan skater dari luar yang tak sombong dengan aku.

Tony Kamal : Adakah ini novel yang pertama dihasilkan?

Pitri Al-Fateh Zainon : Yes, ini adalah novel atau catatan bertulis aku yang pertama kali.

Tony Kamal : Berapa lamakah tempoh penghasilan sesebuah karya dari saat berfikir, menulis dan sehingga diterbitkan?

Pitri Al-Fateh Zainon : Novel ni ambil masa 2 bulan, sebab tu aku jarang pi skatepark.

Tony Kamal : Bilakah novel ini mula dijual?

Pitri Al-Fateh Zainon : Sebanrnya novel ni dah mula dijual pun, kebanyakkannya dijual secara online. Aku publish tanpa mana-mana label. Lagi 1, sekarang ni memang waktu yang sesuai untuk aku publish novel ni sebab bulan depan aku dah tak sempat sebab nak sambung belajar lagi.

Tony Kamal : Apakah isu-isu penting yang hang cuba untuk sampaikan kepada pembaca dan juga pihak-pihak tertentu?

Pitri Al-Fateh Zainon : Dalam novel aku ni tak ada isu-isu yang berat dan hangat sangat kot, cuma berkaitan dengan sukan secara sihat sahaja.

Tony Kamal : Apakah maksud graphic novel hang tu & cerita sikit semasa pembikinan cover tuh?

Pitri Al-Fateh Zainon : Aku cuba untuk menunjukkan keadaan yang fana tapi aku masih berjuang dalam scene skateboarding ini, ceritanya lagi cover tu aku ambil sendiri guna kamera bini aku dan aku minta kawan aku edit tapi dia tak sempat buat, jadi aku install sendiri Adobe daripada dia & malam tu jugak aku blajaq edit sehinggalah jadi cover yang ada sekarang ni.

Tony Kamal : Apakah maksud "Aku, Pekan Kecil & Skateboarding"?

Pitri Al-Fateh Zainon : Tajuk yang aku bagi bermaksud daripada pekan kecil tulah aku melonjak naik dan kenal member-member dan dari pekan kecil tu jugak semuanya bermula.

Tony Kamal : Di manakah boleh didapati novel APKS ni?

Pitri Al-Fateh Zainon : Buat masa sekarang ni aku dah dapat green light daripada Iceboxx Skateshop dengan Distro buku untuk letak buku, so kepada sesiapa yang mahu bolehlah dapatkan daripada tempat-tempat tersebut atau terus contact dengan aku lagi senang. Mungkin lepas ni aku akan apply letak uya distro sama kot.

Tony Kamal : Ok kata-kata akhir serta penghargaan anda sebelum kita akhiri sessi temubual ini?

Pitri Al-Fateh Zainon : Semestinya aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi aku ruang, kreativiti dan nafas untuk semua ini. Tidak lupa kepada isteri dan family aku yang menyokong dalam penghasilan karja aku ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang mengenali aku, korang semua memang BEST, dan MyPapan kerana sudi membuat review tentang novel aku ini. Aku berharap agar semua kelompok masyarakat dapat menerima apa yang aku buat sekarang ini dan kalau boleh kita sama-sama jadi skateboarder yang tidakAnti pada ilmu pengetahuan.. Back 2 root, keep on reading!! Walaupun buku ini bukan buku ilmiah, sekurang-kurangnya aku nak cuba cambahkan minat tu kepada semua. Tak Rugi Bro, Orang-Orang Barat Berlumba-Lumba Menjadi Hebat Dengan Membaca.

Thankss..
Pitri Al-Fateh Zainon


Untuk membeli novel ini, anda boleh dapatinya di Iceboxx Skateshop, MyPapan Skateshop Online atau hubungi terus dengan Pitri Al-Fateh Zainon.


No comments: