Skateboard Trucks Anatomy

Kebanyakkan skater muda atau pun yang sudah lama berada di dalam arena skateboarding ini masih tidak mengenali bahagian-bahagian yang terdapat pada trucks mereka. Ada yang tahu tetapi mungkin pada bahagian-bahagian yang penting seperti kingpin, bushing & lain-lain bahagian.
Kali ini MyPapan ingin berkongsi maklumat yang di cari di dalam internet mengenai nama-nama bahagian yang terdapat di dalam trucks. Selamat menghafal bahagian-bahagian ini :)
Terdapat pelbagai jenis jenama di pasaran seperti Royal, Tensor, Thunder, Independent, Fury, Grind King, Silver, Krux, Destructor & macam-macam lagi

Terdapat 3 jenis kategori truck seperti Low, Mid & High. Beza antara ketiga-tiga kategori ini ialah ketinggian. Ketegori ini mengikut citarasa skater yang gemar pada trick manual, grind, slide & gap.

Tips penjagaan :
1. Pastikan anda tidak menukar bushing sesuka hati anda untuk mengelakkan truck menjadi tidak stabil & selesa ketika kita bermain.
2. Sapu wax terlebih dahulu di obstacle & rail untuk mengelakkan truck terhakis dengan lebih pantas. (Ada yang tidak suka letak wax pada tempat dia nak grind )

Gambar diatas diambil daripada Silver Fish Longboading