Bahagian Skateshop kali ni aku nak review tentang salah satu skateshop yang terkemuka di tanah air kita ini iaitu Ice Boxx..! Ice Boxx ni seingat aku bermula dari sebuah kiosk di Star Parade seawal aku form 4 or 5 la. Lebih kurang tahun 2004 la kedai ini di buka. Berkat kecekalan & kepintaran tuan kedai iaitu Gie, akhirnya wujud lah Ice Boxx di City Plaza.
Skateshop ni memang happening sangat, macam-macam ada jual. Tentang barang skate seperti deck, truck, bearing, griptape, kasut, nuts, dan wheel tu memang pasti la ada. Setiap barangan skate memang dijamin original dan diimport dari brand-brand yang terkemuka seperti Plan B, Zoo York, Girl, Etnies, Es, Emerica, Jessup, Black Magic, dan macam-macam brand lain. Senang cakap kalau nak cari barang x ori memang susah la sikit, tapi harga memang berpatutan dekat kedai ni.Selain menjual barangan skate, kedai ni juga menjual pakaian lelaki & perempuan seperti T-Shirt, kemeja, jeans, cap, bag, tali kasut, & accesories yang lain. Semua lapisan masyarakat boleh masuk dalam kedai ni tak kira usia.Lagi satu yang bestnya tentang skateshop ni, setiap hujung minggu pasti menjadi tempat untuk skater-skater berkumpul & chill bersama. Senang cakap skater dari Jitra, Alor Star, Sungai Petani, Langkawi, Penang, Parit Buntar & macam-macam tempat lagi la akan berkumpul dekat sini. Selalunya skater akan setup skate dekat sini sebelum bermain di Skatepark Jubli Emas, Alor Star. hujung minggu boleh la kalau nak jumpa & minta autograph pro-pro macam Done, Bob, Mat Akie, Angah, Sadam, Black, Kuchai, Amy Gurun, Dek Wan Jitra & SP, Fitri, Jamal, Fatah, & ramai lagi.Ice Boxx juga ada mengeluarkan brand sendiri iaitu Sinister. Antara barangan-barangan yang dihasilkan ialah Deck & t-shirt. Design t-shirt & deck memang ganas abih la & deck Sinister antara yang terbaik la bagi aku untuk ketegori Local Product sebab aku ada la pakai dalam 2 - 3 kali pakai deck Sinister ni.
Panduan nak ke kedai ni senang saja, ni alamatnya,
ICE BOXX
No.3-32, Tingkat 3, City Plaza, Jalan tunku Ibrahim,
Alor Star, Kedah
No.3-32, Tingkat 3, City Plaza, Jalan tunku Ibrahim,
Alor Star, Kedah
Nak lagi senang, kedai ni berhampiran dengan :-
- Wimaju ( kedai jual buku &komik )
- Digi
- Plaza Internet & Kafe
7 comments:
kat Sg Petani pon ada...bley tahan gak laa...bru je bkk
tang mna kat sngai petani 2???...bg adress!!!
dekat Plaza SP
ada email atau facebook x?
thanks :)
kedai ni ade jual barang fingerboard tak ? reply urgent please.
rip iceboxx
ICEBOXX dah tutup, masalah untuk skateboarder area aloq staq nak beli barangan skate
Post a Comment