Pemilihan Asian X-Games 2010 Shanghai


Kali ni untuk menjadi team Malaysia di Asian X-Games 2010 Beijing agak sengit kerana persaingan adalah dari juara-juara dari pelbagai Zon di Malaysia seperti Zon TENGAH, Zon PANTAI TIMUR & Zon UTARA. Siapa yang menjadi atlit Malaysia pada kali ini memang betul-betul pro, power & konsisten.

Bagi Zon Utara, pemilihan bagi zon ini akan dibuat di Skatepark YSB, Taman Jubli Emas, Alor Star, Kedah pada 9 & 10 April 2010. Bagi zon ini atlit @ skater dari negeri Pulau Pinang, Kedah & Perlis akan berentap di skatepark YSB. Pasti ramai pro-pro dari pelbagai ceruk daerah di utara ni akan turun seperti Kuchai, Amy SP, Dek Wan Jitra, Pak Done, Bob @ Badang, Fatah, Sadam, Jamal, Angah, Pakon, Azreen Penang, & ramai lagi la...

Untuk Zon Pantai Timur
, pemilihan untuk zon ini akan dibuat di Skatepark KBS Kuantan, Pahang pada 10-11 April 2010. Iaitu sebuah skatepark yang berhampiran dengan Std Kuantan. Bagi zon ini, atlit-atlit dari negeri Kelantan, Pahang & Terengganu akan beraksi. Pro di area sana tak lain dan x bukan Wak Kuantan, Joe Kuantan. Sebab aku kenal 2 ni ja...

Untuk Zon Tengah, pemilihan untuk zon ini akan diadakan di Skatepark Kompleks Rakan Muda Sementa, Klang. Untuk zon ini skater dari negeri Perak, Selangor, K.Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan & Johor akan beraksi untuk melayakkan diri ke pemilihan yang seterusnya. Pro-pro area sana lagi la ramai & perlu nak disebut pasti semua dah tahu.

Pemilihan Terakhir Untuk Wakil Malaysia
, pada 17 - 18 April 2010 bertempat di skatepark bertaraf antarabangsa iaitu Skatepark Mont-Kiara akan berlangsungnya acara yang paling sengit sekali iaitu pemilihan untuk menjadi wakil Malaysia ke Asian X-Games 2010 Bejing. Juara-juara dari zon TENGAH, PANTAI TIMUR & UTARA akan berentap untuk manjadi atlit kebangsaan. Yang pasti suasana di Skatepark Mont Kiara akan meriah dengan sorakan penonton dan peminat sukan ekstreme di Malaysia.

Asian X-Games 2010 kali ini akan diadakan di Shanghai, China pada 27 - 30 May 2010.
Nanti aku akan informkan maklumat tentrkini tentang comp tersebut..

10 comments:

Anonymous said...

zone utara tu hg x boh stu lgi nma.
TONY KAMAL..
haha

Tony Kamal said...

aku bukan pro sangat...
banyak lagi trick yg aku xreti nk buat...

Boy Ipoh said...

good info andf good luck...aku tak tahu sapa judge belah sana..yg aku tau Joe Ipoh jer...Zon tgh aku dgn Boy PJ..zon pantai timur tak pasti

Tony Kamal said...

judge utk zon utara ni Mat Akie Alor Star dengah Angan Alor Star...zon pantai timur pon aku xtau jugak...nnt aku sembang dengan joe kuantan...

sbd said...

hg msuk?

Tony Kamal said...

rasanya aku masuk...
lagipun aku p nk amik video depa comp sama..

sbd said...

oh, hg pro. haha
dia xdak had umuq kn?

Tony Kamal said...

semua boleh masuk...tiada had umur kalau x silap aku la...
aku nak ingatkan skali lagi...
register start 9.00 a.m - 10.30 a.m..
jgn terlewat nnt xsempat plak nk daftar masuk comp....

Anonymous said...

bro, nape sabah & srawak xde??... di pinggirkan ker?.. tgk la dlu beb org swk sbh men... ni org KL je... asyik2 org KL...

myampah aku nengok.... padhal sk8er sbh swk byk lgi kot dr KL..
jgn je ruper lbih, men kengkong....

Tony Kamal said...

tentang comp selection tu aku pun xberapa pasti kenapa di sabah & sarawak xda comp..aku ada jugak tnya2 org yg lebih arif tentang ni smua...Tp dorg pon xtau jugak...
mungkin tahun hadapan akan ada sbb infrastruktur di sabah & sarawak sudah semakin baik...

mungkin rezeki berada pada org kL..lagipun skater yg terpilih seperti Fuad, kieron & sorg lg tu bg aku mmg layak sbb dorg dh ada pengalaman, cekap & memang power...xdi nafikan...skater luar mcm singapore & indonesia pon puji dorg...xkn kita nak kutuk...

ttg comp tu mgkin tahun depan aku cuba suarakan kepada pihak atasan..sebab tu la aku wujudkan mypapan ni sbb nak dengar ketidak puasan hati skater & pujian dari skater sendiri...