Satu Hari Off-Road

Kemarin seperti dalam perancangan aku dengan Apit Drift iaitu ke Merbuk untuk mengambil barang-barang aku. Kami sampai Merbuk pun dalam pukul 9.45 pagi sebab bertolak dalam pukul 9 pagi dan guna highway.

Setelah tiba di Merbuk, aku settle semua kerja aku dalam UiTM dan terus ke rumah sewa aku untuk ambil barang-barang aku yang masih ada dalam rumah sewa yang lama aku. Agak penat la jugak sebab barang-barang aku banyak dalam rumah tu macam rak TV, almari, rail skateboard, baju-baju, buku-buku yang paling penting skali dan paling penat aku nak cari dalam rumah tu.

Setelah semua selasai mengemas, kami pun bertolak balik ke Alor Star menggunakan jalan Yan. Dalam otw nak balik tu, aku nampak la Pulau Bunting dari jalan tepi pantai, aku bagi idea kat Apit untuk jom cari jalan cam mana nak pi pulau tu. Apit on, so bermula lah perjalanan kami.

Bermula dengan berhenti tepi jalan, aku tanya brader jual air Soya kat tepi jalan. Dia bagitau ada lorong yang separuh tar dan separuh tanah merah. Jalan yang agak tinggi bagi aku sebab kiri ada sawah dan kanan ada tali air, so memang agak tinggi sampai aku cuak arr. Permukaan yang pada walnya memang la agak baik sebab ada tar, tapi bila dah sampai separuh jalan, memang betul cakap brader tu jalan tanah merah pon bermula.

Jalan tanah merah kalau elok tak kisah, ini dengan berlopak sampai sangkut kereta. Jalan tu dah macam kena bom lagi. Maybe sebab jalan tu juga digunakan oleh jentera pertanian seperti mesin padi, traktor & kobota.

Dan abis jalan tanah merah, dan kena lintas tali air pulak. Ini satu lagi yang bagi aku resah sebab jambatan yang ada memang muat-muat untuk tayar kereta ja. Kalau lori ka traktor ko aku tak tau cam na nak guna jambatan tu.

Akhirnya selapas melalui jalan tali air yang bertar yang agak tinggi bagi aku, jalan tanah merah yang berlubang macam kena bom dan jambatan yang sempit, kami tiba juga di pintu Jambatan yang menghubungkan Pulau Bunting dengan tanah besar. Jambatan tu agak panjang, besar dan lebar. Senang cakap lori trelar pon boleh masuk. Lokasi dia memang sesuai untuk orang memancing pada waktu malam sebab keadaan yang tenang tetapi kalau waktu siang memang agak panas terik sebab tiada 1 pon infrastruktur atas jambatan tu yang berbumbung.

Bila sampai kat depan pintu masuk tu, kami just lepak ja dalam kereta sebab jam pukui 2.30 petang. Panas matahari yang terik memang mencabar naluri. Pas hisap rokok & tengok-tengok pemandangan area sekitar tepi pantai yang berlumpur. Apit start kereta dan bergerak pulang. Tapi perjalanan pulang kami melalui jalan yang lain sebab baru nampak ada pilihan lain, so kami follow lalaui yang satu lagi.

Yang bestnya, jalan ni tak ada la seteruk jalan yang kami masuk tadi. Walaupun jalan yang berbatu, tapi kira baik la sebab jalan yang rata dan tidak berlopak. Jalan pun lebar dan kalau 2 buah kereta selisih pun tiada masalah. Kesimpulan dan kemusykilan cerita aku ialah adakah brader tu tipu kami atau kami yang tersilap jalan masuk ke jambatan besar tu?

No comments: