Hari Ini

Bangun macam biasa pukul 8 pagi, basuh muka and breakfast. Rasa tak sedap pulak nasi goreng
pagi ni, tapi aku habiskan juga sebab dah ada dalam mangkuk ni. Takkan aku nak buang kot.

Dah abis makan and minum susu di pagi hari, aku buka pintu rumah dan terus ke belakang rumah untuk tengok tanaman aku. Kalau nak tau aku skang ni tengah duk belajaq bercucuk tanam, aku tanam sawi, daun sup dan cabai. Projek kecik ni baru ja aku start lebih kurang 1 minggu yang lalu.

Nampaknya benih-benih yang aku tanam dah mengeluarkan pucuknya, ini satu kejayaan yang paling besar dan amat bersejarah bagi hidup aku. So lepas aku siram anak-anak pokok aku, aku amik tanah yang baru untuk aku tanam tanaman yang lain pulak. Aku ingat nak tanam terung, daun bawang & bayam. Maybe besok siap kot untuk batas pokok-pokok aku ni.

Hari ni Rabu, Jumaat ni aku ada satu lagi projek besaq sikit dari projek tanaman ni. Aku nak kena pergi ke Teluk Jalai untuk ushar-ushar cara nak membela ayam kampung. Bunyi macam poyokan? Tapi kalau nak tau nak bela ayam kampung memang senang sebab lepaih ja kat mana-mana satgi hidup la ayam tu. Tapi masalahnya lanie, aku nak bela ayam tu dari anak ayam. Faham-faham la kalau anak ayam ni, bukan senang nak jaga sebab dia tak ada ibu, so malam-malam dia berpotensi akan kesejukan dan akan mati.

Rasa-rasanya projek ayam kampoung ni jadi kot, sebab aku lani tinggal perlu tau cara nak bela saja anak ayam tu. Tentang reban ayam & makanan ayam tu tak berapa kesah sangat.

Petang ni nak buat apa ar?kalau pukul 5.30 ptg sampai maghrib memang aku confirm ada kat skatepark, tapi before 5.30 ptg ni? maybe aku akan pi kedai Gie? Maybe aku akan lepak studio Azumbi? atau melawat 1 lagi kedai iaitu kedai Cokman & Angah? Ni la masalah aku sebab tak ada hiburan yang tetap pada masa sekarang ni.

15 Years of Chocolate Skateboards

Chocolate - The Hot Chocolate Tour


Kali ni aku nak review sebuah skate film yang bertajuk The Hot Chocolate Tour. Film keluaran Girls Film & Chocolate Cinema pada tahun 2004 ni adalah sebuah dokumentari tentang tour team Chocolate ke wilayah seperti San Francisco, Reno, Denver, Iowa City, Minneapolis, Milwaukee, Chicago, Pittsfield, Boston, Warcester, Raleigh, Nashville, Talsa & Salt Lake City.

Film arahan Spike Jonze, Ty Evans & Cory Weincheque dan di edit oleh Ty Evans sendiri menampilkan Chico Brenes, Daniel Castillo, Gino Iannucci, Justin Eldridge, Kenny Anderson, Marc Johnson, Richard Mulder, Chris Roberts, Mike York & Scott Johnston.

Durasi fil ini adalah 53 minit 25 saat. Film yang agak panjang untuk di tonton tapi memang best sebab dalam film ni tunjuk semua ragam skaters2 yang follow tour ni macam Marc Johnson yang gila menari sambil dengar lagu dari radio dia. Senang cakap tak jemu bila tengok video ni sambil makan kuaci. Film ni diselang-seli dengan interview dari skaters yang follow tour ni dan trick2 yang diambil.

Aku bagi 7* dari 10* untuk film ni.

Best Atau Tak Best Kalau Menang?

Jawapannya mesti la best! Gila kalau nak cakap tak best, menang hadiah plak tu. Dah la menang hadiah, hadiah pulak bernilai Rm 2199. Fuh!! Mana nak cari duit kalau nilai barang mahal macam tu, kalau anak Tan Sri pon fikir 2 kali nak beli ni.

Anda semua kalau nak menang masuk la contest ni, senang jer cuma perlu tulis “Why I like it longer dan letakkan gambar ni kat bawah entries anda & submit ke link "whyilikeitlonger@nuffnang.com" sebelum 14 February 2010.

Girl - Yeah Right!


"Yeah Right" sebuah skate film dari girl Films International, Chocolate Cinema serta dibantu oleh SHT Sound. Filem arahan Spike Jonze & Ty Evans yang memang tidak asing lagi dalam industri seni di Amerika. Filem ni la yang membuatkan aku lebih bersemangat nak main skate sebab aku nampak cara hidup skater ni happy jer setiap masa.

Filem yang dibintangi oleh skaters dari team Girl Skateboard seperti Eric Koston, Rick McCrank, Brandon Biebel, Rick Howard, Mike Carrol, Guy Mariano, Paul Rodriguez, Jeremy Rogers, Jeron Wilson dan dari Chocolate Skateboard seperti Mike York, Gino Iannuci, Justin Eldrige, Chris Roberts, Chico Brenes, Danial Castillo dan ramai lagi yang turut diundang seperti pelakon terkenal iaitu Owen Wilson dalam menjayakan lagi filem ini.

Antara babak yang menarik yang diselit di dalam filem ini ialah seperti memperingati mendiang Keenan Milton yang mati terkena peluru sesat, deck yang bergerak secara single ke arah skater, Invisible Deck dan scene2 yang tak jadi semasa dalam proses shooting filem ini.Trick2 dalam filem ni memang best macam Eric Koston last skali buat 360 flip to Nosebluntslide di handrail, Mike York 360 flip to Noseslide kt curb, Rick McCrank Tailslide di handrail yang tinggi, Brandon Biebel dengan trick technicalnya, P.Rod dengan lompatan mautnya dari atas tangga,

Skatespot yang terlibat dalam filem ini banyak diambil di Los Angelas City College, Belmont High School, Hollywood Horizon Properties, LA Unified School District, dan County and City of LA/EIDC.

Aku bagi 9* dari 10* sebab filem ni memang bagus dan lama. Durasi dia 1jam 11 minit 47 saat. panjangkan? Memang puas hati tengok filem ni.

Truck Baru Datang, Truck Lama Pergi






Yang lama dah pergi, yang baru datang tanpa diduga. Hahahaha, pada 22 January 2010 truck Destructor yang lama telah patah & pecah masa duk try buat Smith grind, ntah jadi camna terlock Lipslide. Masa nak bagi land kt fun box, truck ni tersangkut di celah rail. Terbag jugak la aku jatuh dari fun box tu.

Kebesokan harinya, aku trus pi kedai Ice Box dan angkut truck baru ni. Truck Destructor Ben Gilley edition ni agak tinggi jugak la dan membuatkan aku gayat bila nak roll. Harga dia agak berpatutan la iaitu RM 199. Masa nak beli aku dah fikir 198 kali, nak beli ker tak?
Last skali aku beli jugak, nak buat cam na kalau tak beli aku tak boleh nak main.Kalau sesiapa yang tak pernah dengar @ kenal Ben Gilley, ni la muka dia.

So, ini saja cerita aku tentang truck baru ni. Daa...

Flip Signing Rowley & Lance Mountain

This Saturday, January 23rd, Geoff Rowley, Lance Mountain and other Flip riders are doing a signing at SoCal Skateshop in Mission Viejo, CA. Make sure and get there early because there’s going to be a BBQ and raffle! BBQ starts at 12PM and signing and raffle at 1PM.
SoCal Skateshop
24002 Via Fabricante Suite 205,
Mission Viejo, CA 92691

(Text from Transworld Skateboarding)

Bacon Premiere Dates

More info log on Transworld SKtaeboarding.

DVS CPH pro 23 - 27 Jun 2010


More info log on Transworld Skateboarding.

Girl Open House, 01 February 2010


More information log on Transworld Skateboarding.

Gangs Of Fourstar


Aku baru habis download & dah tengok video tour Fourstar iaitu Gangs Of Fourstar. Tour kali ni dilakukan oleh Brian Anderson, Tyler Bledsoe, Andrew Brophy, Mike Carrol, Mark Gonzales, Rick Howard, Nick Jensen, Sean Malto, Guy Mariano, Lucas Puig & Max Schaaf. Pada tour kali ni, negara yang dijelajahi oleh team Fourstar ialah England, Germany, France & Sweden.

Video ni memang best sebab gangs ni pi kat sk8park yang pelik macam Area 51 & Skatehalle Berlin. Trick2 tak kurang hebat, Tyler Bledsoe buat Bs Hurricane to Switch Krooked transfer out.

Aku bagi 8.5* la kat video tour ni.

More info click Fourstar Clothing.

Street Dreams


Filem yang di tunggu2 oleh penggiat skateboard seluruh dunia.

Filem keluaran Berkela Motion Pictures & Four Down Productions ini dibintangi oleh Paul Rodriguez, Rob Dyrdeck, Ryan Dunn, Terry Kennedy & Ryan Sheckler. Filem ini akan ditayangkan di US pada 12 Jun 2010. Antara skateboarder yang turut membintangi filem ini ialah Stevie Williams, Jim Greco, Brayden Szyfranski, Karl Watson, Josh Kalis, Mikey Taylor, Devine Calloway, Sean Malto, Erik Ellington dan Tyler Bledsoe.

Untuk maklumat lanjut layari Street Dream Fan Club
Tunggu kemunculannya di Malaysia.