Quiksilver Pro 2010, 26 Feb - 10 March 2010

Sebenarnya aku dah naik hairan apsal aku letak iklan comp ni, tapi maybe ada guna kot iklan ni.
nak tau lebih click di Quiksilver Pro 2010

Ice Boxx, City Plaza, Alor Star, Kedah

Punya la lama aku delay post ni, sebab aku delay ialah aku x ada address kedai skate ni, pictures semua dah ada. Cuma petang tadi aku berkesempatan stop sekejap di Ice Boxx skateshop.
Bahagian Skateshop kali ni aku nak review tentang salah satu skateshop yang terkemuka di tanah air kita ini iaitu Ice Boxx..! Ice Boxx ni seingat aku bermula dari sebuah kiosk di Star Parade seawal aku form 4 or 5 la. Lebih kurang tahun 2004 la kedai ini di buka. Berkat kecekalan & kepintaran tuan kedai iaitu Gie, akhirnya wujud lah Ice Boxx di City Plaza.
Skateshop ni memang happening sangat, macam-macam ada jual. Tentang barang skate seperti deck, truck, bearing, griptape, kasut, nuts, dan wheel tu memang pasti la ada. Setiap barangan skate memang dijamin original dan diimport dari brand-brand yang terkemuka seperti Plan B, Zoo York, Girl, Etnies, Es, Emerica, Jessup, Black Magic, dan macam-macam brand lain. Senang cakap kalau nak cari barang x ori memang susah la sikit, tapi harga memang berpatutan dekat kedai ni.Selain menjual barangan skate, kedai ni juga menjual pakaian lelaki & perempuan seperti T-Shirt, kemeja, jeans, cap, bag, tali kasut, & accesories yang lain. Semua lapisan masyarakat boleh masuk dalam kedai ni tak kira usia.Lagi satu yang bestnya tentang skateshop ni, setiap hujung minggu pasti menjadi tempat untuk skater-skater berkumpul & chill bersama. Senang cakap skater dari Jitra, Alor Star, Sungai Petani, Langkawi, Penang, Parit Buntar & macam-macam tempat lagi la akan berkumpul dekat sini. Selalunya skater akan setup skate dekat sini sebelum bermain di Skatepark Jubli Emas, Alor Star. hujung minggu boleh la kalau nak jumpa & minta autograph pro-pro macam Done, Bob, Mat Akie, Angah, Sadam, Black, Kuchai, Amy Gurun, Dek Wan Jitra & SP, Fitri, Jamal, Fatah, & ramai lagi.Ice Boxx juga ada mengeluarkan brand sendiri iaitu Sinister. Antara barangan-barangan yang dihasilkan ialah Deck & t-shirt. Design t-shirt & deck memang ganas abih la & deck Sinister antara yang terbaik la bagi aku untuk ketegori Local Product sebab aku ada la pakai dalam 2 - 3 kali pakai deck Sinister ni.
Panduan nak ke kedai ni senang saja, ni alamatnya,

ICE BOXX
No.3-32, Tingkat 3, City Plaza, Jalan tunku Ibrahim,
Alor Star, Kedah

Nak lagi senang, kedai ni berhampiran dengan :-
  • Wimaju ( kedai jual buku &komik )
  • Digi
  • Plaza Internet & Kafe
So mudahkan? apa tunggu lagi..Serbu lah..!!!!

The Skateboarder Mag, March 2010

Baru saja aku buka web The Skateboarder Mag & review tentang current issues. Issues yang terbaru ialah March 2010. Aku tengok kulit depan dia pon dah menarik & tak sabar nak pi cari mag ni.

Antara content yang menarik pada issues kali ini ialah New Jack " skater Cory Kennedy", Chocolate Road, dan Year's Best Am "Tyler Bledsoe".

Apa tunggu lagi, cepat cari dan beli di kedai-kedai mamak di sekitar rumah anda atau layari The Skateboarder Mag untuk maklumat lanjut.

(Sumber dari The Skateboarder Mag)

30 Days

Okey segmen skate film kali ini aku nak cerita sikit tentang local skate scene kita iaitu "30 DAYS". Sebuah film keluaran The Mont-K production dan Director untuk film ini ialah Munir Muhammad, seorang yang memang cukup popular dalam scene skateboarding di Malaysia.
Bintang-bintang dalam fim ini ialah seperti Fikri ( Usher), Fuad, Azreen, Eyman TK, Adam dan juga The Hom-Hom Family. Diselit juga footage Ja Chicken, Man, Doll, Nizam Lee, Haziq, Syafiq, Kieron Brodie dan ramai lagi.

Lokasi pengambaran untuk film ini adalah di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Shah Alam dan lain-lain tempat. Film ini boleh dikatakan antara yang terbaik dari segi quality video.

Aku bagi 8* dari 10* untuk skate film ini.
Untuk skaters di Utara Malaysia bolehlah dapatkan DVD 30 Days di Skateshop ICEBOX di Alor Star, Kedah.
Untuk maklumat terkini layari
www.themont-k.com


Cliche Skateboards


Aku seperti biasa sentiasa mencari brand yang baru dan juga yang lama untuk memenuhi masa lapang aku. Pada malam ini aku telah ketemu dengan satu brand skate yang tidak asing lagi dalam scene skateboard di Malaysia iairu Cliche Skateboard.

Seingat aku, brand ini telah lama wujud dan seingat aku juga bermulanya aku bermain skateboard selama itu jugalah aku menganali Cliche Skateboard ini.

Cliche skateboard adalah brand yang berasal dari Eropah dan rider-ridernya ialah seperti Lucas Puig, Will Ricardo, Javier Mendizabal, Cale Nuske, Jeremie Daclin, JB Gillet, Joey Brezinski, Andrew Brophy, Charles Collet, Flo Mirtain & Sammy Winter.

So click on Cliche Skateboard

Result Jitra Skate Comp

No. 1 Akib ( Alor Star)
No. 2 Bob ( Alor Star )
No. 3 Kuchai ( Sungai Petani )

No. yang seterusnya aku akan update nanti sebab kekurangan informasi.

Kenangan Manis Aku

Sebagai permulaan aku akan berkongsi gambar-gambar yang pernah aku ambil dengan menggunakan camera digital aku yang kalau nak di ikutkan zaman sekarang ni orang dah tak pandang camera tu. Tapi camera tu memang bagi aku adalah sumber ilham aku bila kebanyakkan photo yang aku ambil adalah dari camera tu.

Ini adalah Best Trick Competition di perkarangan Stadium Darulaman dan tarikhnya adalah sektar tahun 2007. Comp anjuran Gie IceBox ini di adili oleh Gie, & Angah.

Latape ( Billion Skaters)
Essmat ( Billion Skaters)
Aku & Aiman ( Billion Skaters )
Aku & Are-Im (Tanjung Ben Skaters)
Aku & Mat Maulidi (BMX)
Amy S.P
Dek Wan (s.P) & aku
Mat Aki, Aku, Apit Minyak & Pakon
Wan & Aiman ( Billion )
Sadam & Badang a.k.a Bob
Aku & Pakon
Ijun Auw, Angah & Gie
Judge
Pak Dan & Judge
No.1 Best Trick Senior
No.3 Best Trick Senior
Uncle Seyrul & Judge
Bob, Aku & Aiman ( Billion Skaters )
Contest sampingan
Chill dengan member-member
Mat & Aki
Mat Aki

Walikota Cup Skateboarding Competition

Kepada skater yang ingin buat tour di Indonesia, boleh la join this comp.
Apa-apa maklumat boleh layari Motion Skateshop

Mahu Berkongsi Kenangan Manis Skate Scene Anda

Hye semua, kali ini aku bukan nak buat contest atau cabutan bertuah macam blog-blog orang lain. Tujuan aku adalah ingin berkongsi kenangan pahit manis dalam dunia skateboard dengan semua orang melalui laman blog aku ni tidak kira di utara, selatan , timur atau barat Malaysia. Kita semua di bawah satu papan bernama Skateboard.

Ok, sebelum idea aku ni tercetus, kita semua pasti dan pernah merekod segala aktiviti harian kita semasa muda-muda dulu. Contohnya, sekali-sekala kawan-kawan bawa kamera yang guna filem ke skatespot yang dah R.I.P, tangkap gambar duk buat boardslide, 50-50, 5.0, nosegrind, manual, ollie longkang dan macam-macam lagi. Jadi apa salahnya kalau artifak tu kita berkongsi bersama rakan-rakan di luar yang jauh dan dekat untuk menghappeningkan lagi skate scene kita semua.

Kadang-kadang kalau gambar-gambar tu semua kita simpan dalam album maybe akan hilang, rosak atau di makan anai-anai, lagi teruk kalau banjir. Terus tak nampak apa, jadi kalau semua artifak tu di send kepada aku semua selamat dan tenang.

Aku bagi la ciri-ciri barang yang ada nilai sejarah tu dekat hang pa semua
- Gambar ramai-ramai duduk atas box (bagi nama skali)
- Gambar graphic deck
- Gambar yang tengah duk buat trick yang di anggap mengancam la waktu tu
- Gambar yang tengah gila-gila, terlompat-lompat bersama kawan-kawan
- Apa-apa yang berkaitan dengan skateboard la senang sikit nak cakap

Semua gambar yang cukup spesifikasi di atas boleh la di upload dan send ke ackillcamel@yahoo.com

(Tiada bayaran akan diberikan kepada setiap individu yang menyumbangkan artifak-artifaknya. Semuanya adalah ikhlas dari anda semua.)

Terell Robinson Interview

Aku baru dapat dari sumber iaitu dari Syndrome Distribution.
Jadi click lah di FKD Bearings