Pekan Rabu, Alor Star
Hari ini aku nak bercerita sikit tentang skate spot yang amat popular di bandar raya Alor Star ni. Ia bukan sahaja popular di mata skateboarder, malahan popular dari pelbagai lapisan masyarakat. Skatespot kali ini ialah Pekan Rabu, Alor Star.
Pada asalnya, Pekan Rabu ni adalah sebuah bazaar untuk orang-orang melayu berniaga di siang hari. Di samping itu, ia juga menjadi tempat untuk menunggu bas yang datang dari pelbagai tempat di dalam Kedah. Ada yang dari Baling, Kodiang, Yan, Sg. Petani, dan merata Kedah la.
Dekat skatespot ni, ada stair yang rendah, ada yang tinggi, dan ada yang sederhana. Senang cakap stair ni semua memang sedap dilayan. Distance yang memang cukup dan tempat land yang baik.
Kalau nak cerita tentang curb pulak, memang bercerambah dekat tepi-tepi jalan. Memang sempoi curb-curb tu semua. Cuma perlu bawa wax or lilin ja untuk baju licin lagi untuk slide or grind.
Kalau nak diceritakan pula tentang handrail, dekat sini pon ada handrail. Tapi agak ganas la jugak handrail ni sebab distance yang kurang dan rail yang agak panjang.
Panduan nak ke skatespot ni, tempat ni terletak di tengah-tengah pusat bandar Alor Star. memang tak susah nak datang sebab ia berhampiran dengan City Plaza. Lagi pun tempat ni adalah Bus Stop untuk semua bas, jadi memang amat popular kalau di tanya kepada orang sekeliling.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment